Aisyah BFM Minta Maaf, Tiada Niat Hina Islam | Penyampai stesen radio BFM yang dilanda kontroversi hudud Aisyah Tajuddin berkata beliau bertujuan mengkritik dasar PAS di Kelantan dan tidak berniat menghina Islam.
"Ia (video) menyangkut perihal politik, perkataan dan perbuatan ahli politik; dan tentunya tidak sekali-kali mengenai agama," katanya dalam kenyataan hari ini.
"Perlu dinyatakan bahawa liputan media berkenaan insiden ini telah mengaburi maksud sebenar yang ingin disampaikan video ini, yakni untuk menggalakkan wacana yang berlangsung seputar isu keadaan sosioekonomi rakyat Kelantan."
Bagaimanapun beliau tetap memohon maaf atas kemarahan dan reaksi negatif yang ditimbulkan daripada rakaman video tersebut.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf bagi nada dan cara penyampaian saya di dalam video tersebut. Saya tiada niat untuk mengherdik. Saya tiada niat untuk menghina.
"Namun kini saya sedar bahawa ia telah menimbulkan kemarahan. Maka untuk itu, saya benar-benar kesal dan memohon maaf. Saya tidak akan pernah, dalam apa-apa keadaan sekalipun, menghina atau mengutuk mana-mana agama apatah lagi agama saya sendiri," tambahnya.
Dalam video berkenaan, Aisyah antara lain menyampaikan mesej bahawa kerajaan Kelantan sepatutnya mengutamakan soal ekonomi dan bukannya pelaksanaan hudud.
"Agama digunakan untuk mengaburi mata rakyat untuk isu yang penting," katanya dalam rakaman video sepanjang hampir dua minit itu.
Polis Panggil 3 Kakitangan BFM Juga Termasuk Aisyah
Sementara itu, pihak polis dikatakan telah pun memanggil tiga kakitangan BFM Media Sdn Bhd untuk memberi keterangan, kira-kira 10 pagi tadi (23 mac 2015).
Perkara itu disahkan stesen radio berkenaan melalui satu kenyataan media di sini memaklumkan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Dalam pada itu, Aisyah Tajuddin yang menimbulkan kontroversi apabila memperlekehkan hukum hudud di Kelantan akan dipanggil dalam masa terdekat ini untuk direkodkan keteranganya.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, wanita berkenaan dipanggil berikutan laporan polis pertama yang diterima adalah di daerah ini membabitkan kes berkenaan.
sumber artikel
http://www.malaysiakini.com/news/292931
http://www.hmetro.com.my/node/38830#sthash.lpMeScsZ.dpuf
Aisyah BFM Minta Maaf, Tiada Niat Hina Islam
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →