Anak Di Rotan Teruk Pengasuh, Ibu Tarik Semula Laporan Polis?

Anak Di Rotan Teruk Pengasuh, Ibu Tarik Semula Laporan Polis? : Seorang ibu tidak menyangka rotan yang diberikan kepada seorang pengasuh bagi menakutkan anak-anaknya digunakan untuk membelasah anak sulungnya sehingga mengalami calar dan bengkak di beberapa bahagian anggota badan.

Anak Di Rotan Teruk Pengasuh, Ibu Tarik Semula Laporan Polis?

Si ibu, Lau Hui Choon, 33, berkata, dia pada mulanya menyangka anak-anaknya dipukul ringan sebaik dihubungi wanita berusia 40-an itu yang memberitahu memukul anak sulung kerana kencing di atas sofanya dan terlalu nakal.

Bagaimanapun, dia terkejut selepas ke rumah pengasuh dan mendapati anak sulungnya itu berbirat dan bengkak di bahagian tangan dan kaki serta punggung.

“Saya bagi dia rotan sekadar menakut-nakutkan anak saya supaya tidak nakal.

“Tapi saya kesal dengan tindakan dia memukul anak saya yang masih kecil sehingga disahkan doktor sangat serius kerana bahagian punggung mula membengkak,” katanya.

Hui Choon berkata, perkhidmatan wanita itu diperoleh melalui iklan di internet dengan bayaran sebanyak RM1,500 sebulan bagi dua anaknya yang berusia tiga tahun dan setahun enam bulan.

Menurutnya, pengalaman sedemikian amat menakutkannya sehingga membatalkan hasratnya untuk bekerja sebagai juruwang di Taman Selesa Jaya bermula 1 Mei depan.

“Saya tak kenal pengasuh ini, cuma mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan melalui internet selepas menerima tawaran bekerja bermula 1 Mei depan.

“Saya membuat keputusan untuk menghantar anak-anak lebih awal supaya mereka boleh menyesuaikan diri apabila saya sudah mula bekerja nanti," katanya.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superitendan Nor Hashim Mohamad mengesahkan menerima laporan polis di Balai Polis Nusajaya kelmarin.

"Bagaimanapun, selepas beberapa jam, wanita berkenaan bertindak menarik balik laporan yang dibuat sebelum itu, " katanya.

via
http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/dirotan-pengasuh-sampai-berbirat-1.383384

0 comment... add one now