Kenyataan balas peribadi kes buli SMA Maahad Tahfiz Al Abidin

Kenyataan balas peribadi kes buli SMA Maahad Tahfiz Al Abidin

Kenyataan balas peribadi kes buli SMA Maahad Tahfiz Al Abidin

Ini adalah satu ujian Allah kepada pentadbir dan para guru.walaupun kita telah berikhtiar dan berusaha untuk melahirkan pelajar cemerlang dunia akhirat dan pencapaian demi pencapaian yang kita kecapi kadang kala kita lupa.Maka Allah maha pengasih mencuit kita dengan sedikit ujian agar sentiasa ingat padaNya.Dunia hari ini penuh dengan fitnah dan kesenangan yang menipu daya.Manusia lupa dosa pahala.Lupa anak anak amanah Allah yang perlu kita sama mendidik agar mereka mentaati perintah Allah.

Apa yang berlaku kita akui silapnya pelajar2 mengambil tindakan sendiri tanpa memaklumkan kepada pihak pentadbir. Dan siasatan pihak sekolah mendapati pelajar yang dipukul menpunyai rekod kes curi dgn sekolah dan siasatan dilakukan juga ke atas pelajar2 sekolah dan diakui memang pelajar ini juga suka mencuri duit, jam tangan kawan dan juga membuli rakan sekelas dengannya.

BULI: 20 Pelajar Maahad Tahfiz Al Abidin Belasah Seorang Pelajar Ting 1

Untuk makluman pihak tuan,
Perkara ini telah dimaklumkan pihak sekolah kepada PPD dan JPN SPI Kedah sebaik saja menerima laporan pengawal pada awal pagi. Dan tindakan segera telah dibuat oleh pegawai PPD yg bertugas. Atas perbincangan bersama dan masih lagi dalam siasatan polis.

Pelajar yg disabitkan membuli itu tidak mempunyai sebarang rekod salahlaku disiplin yg berat..mereka masih lagi mempunyai harapan utk dididik sesuai dgn kehendak dan falsafah pendidikan negara.

Apa yang berlaku disebabkan oleh kegagalan mengawal emosi remaja yang terdedah dengan pengaruh budaya sosial masa kini.

Adalah d harapkan semua pihak untuk melihat, bahawa pendidikan adalah tanggungjawab semua pihak.

Namun dek kerana tersilap langkah dalam menghukum itulah menjadi satu kesalahan yang perlu dibaiki dan diberi pengajaran, hukuman dan ke maafan agar mereka berhati di masa hadapan.

Oleh itu jangan kita mudah menyalahkan siapa dalam ujian ini seharusnya kita berikhtiar kearah yang lebih baik untuk membangun dan menegakkan keadilan dalam islam.

حسبنا الله ونعم الوكيل ونعم المولى ونعم النصير



# Pihak polis telah menahan 13 pelajar bagi membantu siasatan berhubung laporan kes pukul seorang pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah agama di Pendang pada Sabtu lalu. enam pelajar Tingkatan Empat dan tujuh pelajar Tingkatan Lima itu ditahan polis pada 11.15 pagi tadi di sekolah terbabit.

FB Via
Mohamad Subhi

0 comment... add one now