"MAMA, WHERE ARE YOU??????? PAPA SUDAH PERGI MAMPUS. SIAL PUNYA JANTAN, MAIN DAN TINGGAL, DAH BELAH KE INDON.
When we found the 2 years old little girl, she was naked and malnourished. She look confused and pathetic. GOD LET US HAVE THE STRENGTH TO BRING MORE SMILES TO HER LIFE."-FB Kuan Chee Heng
Kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tidak terurus, keliru dan lemah akibat malnutrisi. Laporan itu dibuat Pengasas Community Policing Kuan Chee Heng di laman Facebooknya.
Menurut Chee Heng, mereka sedang mencari ibu kepada budak perempuan berkenaan iaitu Lai Xi Zin, 17, untuk memberi bantuan.
Xi Zin didakwa meninggalkan anaknya itu bersama adiknya berusia 14 tahun yang turut mempunyai masalah kesihatan mental.
Setakat ini tiada khabar terbaru daripada ibu budak perempuan tersebut.
Chee Heng yang juga seorang bekas anggota polis memberitahu, buat sementara ini budak perempuan itu sedang dijaga moyang saudaranya.
Community Policing ataupun COPS merupakan badan bebas yang ditubuh untuk memerangi gejala sosial selain bekerjasama rapat dengan polis bagi mencegah jenayah.
Budak perempuan 2 tahun ditinggalkan ibu dan bapa....
Posted by Video Viral on Saturday, 12 September 2015
via
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/budak-2-tahun-ditinggalkan-dalam-keadaan-lapar-ketakutan-73099
FB Kuan Chee Heng