Kejadian itu berlaku ketika solat Jumaat baru di rakaat pertama.
Menurut seorang saksi, ketika imam berkenaan baru sahaja selesai membaca Al Fatihah tiba-tiba datang seorang lelaki berketurunan Arab itu terus menampar imam tersebut.
Selain itu juga, lelaki berkenaan bertindak merampas pembesar suara dan berkata "You go Back!" berulang kali.
Kami syak lelaki Arab ni keracunan makanan dan minda kot...
Video kekecohan di luar Masjid Negara sewaktu lelaki tersebut ditahan. pic.twitter.com/ccQCW69Xc0
— Astro AWANI (@501Awani) September 18, 2015
Melihat kejadian, orang ramai dikatakan telah bertindak menangkap lelaki berkenaan dan berlaku sedikit kekecohan diluar masjid ketika lelaki tersebut hendak diserahkan kepada pihak polis.
Difahamkan solat Jumaat terpaksa dimulakan sekali lagi berikutan gangguan lelaki tersebut. Punca kejadian sebenar masih dalam siasatan.
[TERKINI] Seorang lelaki ditahan kerana menampar muka Imam 2 Masjid Negara sewaktu solat Jumaat. pic.twitter.com/2M83Vj3vBX
— Astro AWANI (@501Awani) September 18, 2015
via
https://twitter.com/501Awani