Jambatan GANTUNG Kaca Ini Bikin Kepala Lutut Para Pengunjung Bergetar

Jambatan GANTUNG Kaca Ini Bikin Kepala Lutut Para Pengunjung Bergetar : Bagi mereka yang takut berada di tempat tinggi mungkin perlu berfikir dua kali sebelum berjalan di jambatan gantung yang baru dibuka di Taman Shiniuzhai di wilayah Hunan, China ini.

Jambatan GANTUNG Kaca Ini Bikin Kepala Lutut Para Pengunjung Bergetar

Ini kerana jambatan yang tergantung pada ketinggian 183 meter ini mempunyai lantai cermin dan pasti membuatkan lutut anda menggigil ketika melaluinya.

Laluan sepanjang hampir 300 meter itu diiktiraf sebagai jambatan gantung kaca paling panjang di dunia.

Jambatan GANTUNG Kaca Ini Bikin Kepala Lutut Para Pengunjung Bergetar

Seramai 11 jurutera terbabit dalam projek membina jambatan gantung yang menghubungkan dua puncak bukit berkenaan.

Sekumpulan pelancong yang berani menjadi pelawat pertama melintasi jambatan gantung itu ketika ia dibuka baru-baru ini.

Jambatan GANTUNG Kaca Ini Bikin Kepala Lutut Para Pengunjung Bergetar

Pelbagai gelagat pelancong boleh dilihat ketika mereka berjalan melintasi jambatan itu buat pertama kalinya.

Seorang wanita dilihat memaut pemegang di tepi jambatan dan terpaksa ditarik rakannya. Beberapa yang lain langsung tidak boleh melangkah kaki kerana terlalu takut.
Jambatan GANTUNG Kaca Ini Bikin Kepala Lutut Para Pengunjung Bergetar

Jambatan itu juga berayun ketika berjalan di atasnya sekali gus menambahkan perasaan takut.

Pembinaan menakjubkan itu juga diberi jolokan 'jambatan hero' kerana memerlukan keberanian luar biasa untuk melintasinya.

Walaupun, jambatan itu sangat menakutkan, ia menawarkan pemandangan menarik kawasan pergunungan itu.

Setiap pengunjung dikehendaki memakai alas kasut khas supaya tidak mengotorkan atau mencalarkan cermin berkenaan.

Jambatan berkenaan pada mulanya dibina menggunakan kayu sebelum sebahagian lantainya diganti dengan kepingan kaca pada 2014.

Jambatan GANTUNG Kaca Ini Bikin Kepala Lutut Para Pengunjung Bergetar

Beberapa bulan lalu, sekumpulan jurutera menggantikan semua lantai kayu dengan kepingan kaca sekali gus menjadikan laluan itu sebagai jambatan gantung kaca pertama di dunia.

Jurutera berkenaan turut memberi jaminan bahawa jambatan kaca itu selamat untuk digunakan apabila kepingan kaca digunakan 25 kali lebih kuat berbanding kaca tingkap bangunan, selain dibina supaya bentuknya kekal dan tahan tekanan tinggi.

Jambatan GANTUNG Kaca Ini Bikin Kepala Lutut Para Pengunjung Bergetar

Sejak beberapa tahun lalu, laluan menggunakan lantai kaca popular dalam kala­ngan pelancong di China yang sukakan cabaran.

Pada awal tahun ini sebuah pelantar tinjau dibina dengan lantai kaca di Chongqing, barat daya China dengan laluannya di atas jurang sedalam 718 meter.

Jambatan GANTUNG Kaca Ini Bikin Kepala Lutut Para Pengunjung Bergetar

Sebuah lagi jambatan kaca kini dalam pembinaan di Zhangjiajie, Hunan dan bakal merentasi tebing setinggi 299 meter.

Apabila siap, jambatan sepanjang 380 meter itu boleh memuatkan 800 pengunjung pada satu masa.

via
http://www.hmetro.com.my/node/80886

0 comment... add one now