Pic by Metro |
Dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian dalam rumah berkunci sejak pagi, mengalami kecederaan di mulut dan gigi.
Jiran kanak-kanak itu yang enggan namanya disiarkan berkata beliau terdengar dentuman kuat dan diikuti tangisan budak di luar rumah, dan terkejut melihat kanak-kanak itu mengalami kecederaan mulut dan gigi di bawah blok perumahan tersebut.
“Dia menangis dan minta saya menghubungi ibunya. Apabila ditanya mengapa terjun, dia memberitahu dia takut dan lapar...nak pergi pejabat mama,” katanya.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu berkata kanak-kanak tersebut kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya.
Beliau berkata tiada laporan polis dibuat.
via
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerana-lapar-kanak-kanak-terjun-dari-tingkat-dua-73651#.Vfq8uwhqGi4.twitter