Ada seorang sahabat saya, mention saya dalam 1 post di SARBAN group ni, berkenaan tentang keadaan HTAR - Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang mana, bekas yang membawa syringe tu, tidak bersih dan ada darah dari pesakit lain..
Pertama sekali, saya mewakili rakan rakan doktor, nurse, dan pengamal perubatan moden yang lain, memohon maaf atau kecuaian rakan doktor kami, sehingga memberikan 1 perasaan yang tidak selesa buat anda semua..
1) Kami akui, itu adalah kecuaian doktor tersebut, ketika attend pesakit.. namun saya dan rakan rakan yang lain, faham keadaan tersebut, sebab kemungkinan doktor tersebut, sudah hilang focus kerana sudah bekerja lebih dari 24 jam tanpa henti.
Sepatutnya dia kena bersihkan dahulu , tapi sebab sudah terlalu penat, dan hilang focus, dia terus sahaja attend pesakit , dan itu adalah kecuaiannya, dan boleh dikenakan tindakan , ada orang kata," jangan jadikan alasan , kau sendiri yang pilih kerja doktor ni , kau sepatutnya beri yang terbaik buat kami, tidak kira laa kau penat ke apa, kau kena hadap "
Jawapan saya untuk orang yang poyo nak mampus ni, kau duduk position kami sekarang.. kau punya kerja sekarang pun, kau dah stress, itu duduk belakang meja computer je tu, tak macam kami, memerlukan kekuatan mental dan physical
2) Rakan meminta saya menerangkan keadaan sebenar untuk membetulkan imej kami, tapi bila saya tengok comment comment, memaki, mencarut dan sebagainya, saya rasa sangat kecewa, ada itu yang perempuan pula, mencarut bagai, disebabkan keguguran anak, atas sebab kecuaian doktor. kami juga manusia, mempunyai perasaan, kalau tidak disebabkan sumpah kami sebelum practicing medicine ni, sudah lama, kami ignore patient yang poyo nak mampus dan suka suki memviralkan sesuatu perkara, sampai kami di maki ...
Saya cukup beremosi, bila orang kata kami lembab dan pemalas, sedangkan kami dah beri komitmen yang tinggi, sehinggakan, ada diantara kami, tidak pulang jumpa keluarga, berhari hari, sampai ada yang bila mahu pulang ke rumah, accident dan meninggal dunia, seperti yang terjadi pada rakan kami, di sungai buloh..
Ada doktor, yang bila tidak dapat selamatkan nyawa, dan waris marah marah macam tuan Ali Hussain tu, membuatkan doktor tersebut, muntah muntah dan emosi terganggu, dan mungkin boleh effect kebahagian rumah tangga mereka... tapi macam Ali Hussain, tu apa kisah kan... yang penting. VIRAAAAALLLLL , aku tak puas hattiiiiiiiiii..
Tidak mengapa, kalau anda tidak mahu appreciate kami, ngak mengapa.. cuma bersyukur lah sentiasa kepada Allah s.w.t, kerana masih lagi boleh menerima rawatan di hospital dengan baik, berbanding negara negara lain di dunia......
Bak kata Mentor Business saya, Doktor Azizan Osman, orang takkan ingat 1000 kebaikan yang kau buat, tapi orang akan ingat sampai bila bila, 1 keburukan atau kecuaian atau kesilapan yang kau pernah buat..
Apa orang nak kata.. kata lah, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang..
Apa pun, saya akan terus berkhidmat kepada Hospital dan Masyarakat , kerana saya bekerja, bukan sebab saya perlu, tapi sebab saya yang pilih..
Salam Sayang dari saya
Burhan Depp - Hospital Kuala Lumpur
Reaksi Dr Burhan Deep setelah post beliau menerima bertalu-talu komen dari netizen lain.
Apa pun saya minta maaf, dari semua mungkin dari segi bahasa saya yang kurang enak...
Bagaimana kami luahkan perasaan kami, akhirnya kami tetap akan mengalah dan kalah ketika dibicarakan...
walaupun pihak atasan mengetahui condition para doktor, waima 1 dunia sekali pun..
tapi disebabkan ianya adalah berkaitan dengan professional , maka mahu tak mahu, kena ambil tindakan dan didenda atas kecuaian..
Luahan perasaan, sebenarnya ada dalam hati setiap doktor di Malaysia baik government mahupun swasta ..
Dan luahan saya, tidak mewakili kepada profession saya, tapi lebih kepada luahan rasa hati para doktor sendiri.. ya kami, tahu kami para doktor adalah sehina hina ummat dan se bodoh bodoh ummat , kami ni adalah robot, tidak layak untuk melepaskan rasa hati dan tekanan... yang layak mengeluh kepenatan hanya lah pesakit pesakit dan waris waris...
Saya mohon maaf juga, sekiranya ada terlepas cakap, mengecil ngecil kan profession lain... Yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk pun datang dari Allah s.w.t
Artikel berkait: Punca Luahan Hati Seorang Doktor Yang Kisah Mereka Viral Di Media Sosial
#Admin juga pernah merasa perkhidmatan hospital Klang seperti yg ramai rasa. Hospital paling sesak dan kelihatan buruk kat Lembah Klang...tetapi admin tetap puji kakitangan yg cekal, berdedikasi di Hospital Klang...1000x lebih baik dari hospital swasta yg taunya mencekik duit kita..teruskan doktor...kami rakyat biasa tetap perlukan khidmat dan bakti anda.
via
Burhan Deep