Muka Lelaki Ini Hilang Setelah Di Makan Virus: Seorang lelaki dijangkiti virus misteri yang memakan daging sehingga menyebabkan mukanya hampir hilang.
Huynh Van Dat, 51, dijangkiti virus berkenaan sejak 11 tahun lalu dan kini dia tidak mempunyai mata, hidung dan mulut.
Isteri Van Dat, Huynh Thi Trieu berkata, suaminya mula dikesan dijangkiti virus itu pada 2004 apabila hidungnya sering berdarah. Tidak lama selepas itu, Van Dat mendapati ada cecair masuk ke dalam hidungnya setiap kali dia minum.
Doktor yang merawat Van Dat memberitahu, dia ada masalah di dalam hidung dan ia boleh dipulihkan melalui pembedahan.
Bagaimanapun, selepas pembedahan dijalankan keadaannya tidak pulih dan semakin buruk.
“Lubang di dalam hidungnya semakin membesar dan virus itu perlahan-lahan memakan hidung, pipi dan matanya. “Walaupun tidak berdarah suami saya memberitahu keadaan itu sangat menyakitkan,” katanya.
Menurutnya, keadaan suaminya kini semakin teruk dan dia tidak boleh bercakap serta melihat lagi.
Menurutnya, doktor juga bingung dan masih belum mengenal pasti virus yang memakan daging muka suaminya.
#Rasanya dulu ade gak sorang player bola kat Mesia yg terkena penyakit cmnih...
via
http://www.hmetro.com.my/node/80028?
http://kezoom.blogspot.my/2015/09/muka-hilang-di-makan-virus.html
Muka Lelaki Ini Hilang Setelah Di Makan Virus
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →