2 Lelaki Kereta Volkswagen Baru Diservis

2 Lelaki Kereta Volkswagen Baru Diservis | Semalam kami menerbitkan artikel kekecewaan seorang pengguna bila kereta Volkswagen GTI miliknya yang dihantar disebuah pusat servis hilang dicuri. Hari ini menerusi Sinar Harian, 2 lelaki dilaporkan terlibat dalam kegiatan tersebut.

2 Lelaki Kereta Volkswagen Baru Diservis

Dua lelaki yang menyamar sebagai pekerja kepada seorang pemilik sebuah kereta Volkswagen, melarikan kenderaan itu yang baru diservis di pusat servis di Lorong IKS, Bukit Tengah semalam.
   
Jurucakap polis berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, dua lelaki berusia lingkungan 20-an yang melarikan itu turut melanggar penghadang pos kawalan di pusat servis berkenaan walaupun cuba ditahan pengawal bertugas.
   
Katanya mereka ke pusat servis itu dengan menaiki sebuah lagi kereta Volkswagen dan bertemu dengan penyelia di tempat letak kenderaan pusat servis terbabit.
   
"Dua lelaki itu memaklumkan bahawa 'majikan mereka' menghantar mereka untuk mengambil kereta yang diservis di situ kerana dia tidak sempat datang.
   
"Sebelum menyerahkan kunci kereta, penyelia di pusat servis berkenaan memaklumkan bayaran penyelenggaraan masih belum dijelaskan dan seorang daripada lelaki terbabit mendakwa bil telah dijelaskan kepada penyelia yang bertugas di sebelah pagi," katanya di sini hari ini.
 
Jurucakap itu berkata penyelia terbabit menyerahkan kunci sebelum bertindak menghubungi pemilik kereta berkenaan dan lelaki itu menafikan yang dia ada menghantar pekerjanya untuk mengambil kenderaannya di pusat servis itu.
   
Katanya sebaik menyedari perkara itu, penyelia terbabit mengarahkan pengawal keselamatan yang bertugas untuk menghalang kereta yang dipandu suspek daripada meninggalkan pusat servis itu.
   
"Bagaimanapun suspek bertindak melanggar penghadang di pintu masuk pusat servis berkenaan sebelum mereka memecut laju dengan menaiki dua buah kereta," katanya.
   
Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner  Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
   
Katanya polis akan mendapatkan rakaman CCTV di lokasi kejadian bagi‎ menjalankan siasatan. - Bernama

Baca: Kecewa, Volkswagen Golf GTI Dicuri Dipusat Servis

via
http://www.sinarharian.com.my/semasa/dua-lelaki-larikan-volkswagen-baru-diservis-1.446416

0 comment... add one now