Luahan dibawah merupakan luahan ahli keluarga mangsa yang terdekat....
"Sebelum ni saya asyik melihat video2 buli orang lain. Tak sangka harini terjadi pada saudara terdekat saya,darah daging saya sendiri.. ni bukan video palsu.
Original diambil daripada salah seorang daripada mereka yang membuli. Budak2 sekolah Kebangsaan Panchor, Jereteh Besut Terengganu. Hanya berusia dari 10-12thun.. dan untuk pengetahuan bukan satu kali ni je berlaku pada mangsa. Lokasi biasa adalah di surau sekolah..
Mentang2 mangsa berdiam. Korang main buli sepak terajang. Setiap hari mintak duit dari si mangsa. Kalo x bagi, kene pukul.
Setiap hari kene ugut suruh jangan bgtau sesiapa kalo x kene pukul. Patotla mangsa sejak darjah 4,5 dulu asyik mintak tukar sekolah. Tp x mampu nak cakap apa nak tukar sekolah.
Hati ayah dan ibu mana tak terasa tengok anak kesayangan dipukul disepak. Selama ni mangsa gi sekolah dgn ketakutan. Nak bagitau kat parents tapi x berani.
Pernah sekali mangsa mengadu pada ibu dan ibu mengadu pada salah seorang guru sekolah tetapi hanya dipandang ringan.
Sebaliknya mangsa dipukul oleh pembuli kerana bertindak membocorkan rahsia.
Cikgu sekarang benda berlaku kt sekolah pon x amek pusing. Sedangkan budak2 sekolah rendah je.. pelik.. Harap parents lain dan ckgu2 sekolah ni sedar apa blaku kt anak didik diorang ni."
Kes buli budak sekolah rendah...di Sekolah Kebangsaan Panchor Jereteh Besut, Terengganu.
Posted by Video Viral on Saturday, 14 November 2015
Via
Nor Haliza