Kru Feri Patah Tulang Rusuk Di Belasah Samseng

Kru Feri Patah Tulang Rusuk Di Belasah Samseng : Kru feri,38, patah tulang rusuk kiri akibat dibelasah sekumpulan lelaki yang berkumpul berhampiran pintu dek ketika feri mahu berlabuh di Jeti Pangkalan Raja Tun Uda, di sini, 9.45 malam tadi.

Kru Feri Patah Tulang Rusuk Di Belasah Samseng

Mangsa sebelum itu menegur kumpulan terbabit supaya memberi laluan kepadanya untuk membuka pintu dek feri berkenaan.

Kru Feri Patah Tulang Rusuk Di Belasah Samseng

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, ketika mangsa menegur mereka, seorang daripada suspek bertindak menolak mangsa dari belakang dan tolakkan itu terkena rakan suspek yang lain.

“Kumpulan lelaki itu kemudian memukul mangsa beramai-ramai menggunakan topi keledar serta tangan.


“Mangsa melarikan diri ke bilik pegawai bertugas namun dia terus dikejar dan dipukul di dalam bilik berkenaan sebelum akhirnya dibawa ke Hospital Pulau Pinang ( HPP) untuk rawatan,” katanya.

Katanya, suspek kini masih dikesan.

via
http://www.hmetro.com.my/node/92846#sthash.ZBdYRRtJ.dpuf

0 comment... add one now