Polis Akan Siasat Kes Buli Budak Sekolah Di Jertih, Penyebar Video Turut Disiasat?

Polis Akan Siasat Kes Buli Budak Sekolah Di Jertih, Penyebar Video Turut Disiasat? : Beberapa hari lalu, media sosial dikejutkan dengan tindakan kanak-kanak berusia antaara 10~12 tahun membuli rakan sebaya di Sekolah Panchor, Jertih Teremgganu. Penyebaran itu membuatkan ramai pihak mengecam perbuatan kejam kanak-kanak tersebut. Terkini pihak polis mengakui telah menerima aduan itu dan akan menyiasat. Namun kami berasa pelik juga bila pihak polis menyatakan akan menyiasat pihak yang menyebarkannya dimedia sosial. Hurmmm....ikuti berita dibawah,,

Polis Akan Siasat Kes Buli Budak Sekolah Di Jertih, Penyebar Video Turut Disiasat

Polis Besut akan menyiasat dan mengesan individu yang terbabit menyebarkan rakaman video kejadian buli seorang murid di sebuah sekolah rendah di daerah ini di laman sosial.     

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, berkata bapa mangsa sudah membuat laporan berhubung kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, jam 9 pagi semalam.  

Beliau berkata, bapa mangsa turut mengadakan pertemuan dengan pihak sekolah mengenai kejadian menimpa anak lelakinya itu.  

 "Kita ada menerima laporan kejadian dan kita akan melakukan siasatan terperinci.  

 "Malah, kita juga turut mengesan individu yang menyebarkan rakaman video berkenaan untuk disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebarkan video itu di laman sosial," katanya.  

Rakaman video berdurasi lebih enam minit itu memaparkan beberapa murid sedang membuli mangsa yang memakai uniform pengawas sekolah berwarna coklat.  

Mangsa dilihat disepak di seluruh badan termasuk ditendang di belakang badan oleh beberapa murid yang dipercayai memakai pakaian sukan.  

Artikel berkaitL Kecik-Kecik Dah HEBAT Membuli, Bila Besar Nak Jadi Apa? Setan?

Malah, rakaman video itu turut memaparkan mangsa yang kesakitan menangis dan turut disembur dipercayai dengan air pada muka dan diberi cium stokin oleh murid berkenaan.  

Kejadian dipercayai dilakukan di surau sekolah rendah berkenaan dan murid yang membuli mangsa dilihat langsung tidak mengendahkan rayuan mangsa supaya menghentikan tindakan kasar itu.  

Berdasarkan keterangan pada video berkenaan yang dipaparkan di sebuah laman sosial, penulisnya mendakwa mangsa adalah saudara terdekatnya dan kerap menjadi mangsa buli di sekolah itu.  

"Setiap hari minta duit dari si mangsa. Kalau tidak beri kena pukul. Setiap hari kena ugut suruh jangan beritahu sesiapa, kalau tidak, kena pukul. Patutlah mangsa sejak darjah empat dan lima dulu asyik minta tukar sekolah. Tetapi tidak mampu nak cakap sebab apa nak tukar sekolah.  

"Hati ayah dan ibu mana tak terasa tengok anak dipukul, disepak. Selama ini mangsa ke sekolah dalam ketakutan. Nak beritahu ibu bapa tak berani. Pernah sekali mengadu pada ibu dan ibu mengadu pada seorang guru sekolah, tetapi hanya dipandang ringan.  

"Sebaliknya mangsa dipukul oleh pembuli kerana bertindak membocorkan rahsia. Cikgu sekarang benda berlaku di sekolah pun tak ambil pusing. Sedangkan budak sekolah rendah saja. Pelik," kata penulis itu yang memperkenalkan dirinya sebagai saudara terdekat.

via
http://www.bharian.com.my/node/97391

0 comment... add one now