Pemandu lori berusia 35 tahun ditahan polis, hari ini selepas merempuh palang Plaza Tol Bentong dan menceroboh laluan Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini yang masih ditutup untuk semua kenderaan kerana banjir lumpur, Rabu lalu.
Pada kejadian kira-kira 2.15 petang, suspek yang berasal dari Banting, Selangor dipercayai bertindak demikian kerana tidak sabar selepas sudah dua hari terkandas di plaza tol berkenaan.
Ketua Polis Bentong Superintendan, Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, sebelum kejadian, suspek bersama lebih 20 pemandu lori lain yang ada sudah dua hari terkandas selepas kejadian banjir lumpur di lebuh raya berkenaan.
Beliau berkata, suspek yang memandu lori berseorangan kemudian bertindak memecut kenderaan dan melanggar palang Plaza Tol Bentong menghala ke Kuala Lumpur.
"Bagaimanapun, tindakan lelaki itu memakan diri apabila dia ditahan tidak jauh dari Kilometer 52.4 oleh anggota polis kira-kira 10 minit kemudian," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau berkata, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
via
http://www.hmetro.com.my/node/92879#
Tanah Runtuh: Pemandu Lori Terima Padah Setelah Hilang Sabar
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →