KPDNKK Bertindak Serta Merta Serbu Kedai Kota Raya, Namun....

KPDNKK Bertindak Serta Merta Serbu Kedai Kota Raya, Namun....: Semalam, 2 aktivis PPIM ditahan Polis berikutan aduan dari pemilik kedai mengatakan mereka menghasut orang ramai untuk bertindak di premis tersebut serta membuat ugutan terhadap pemilik kedai. Kedua-dua aktivis tersebut ditahan selama 24 jam malah cuba direman selama seminggu oleh pihak polis namun gagal.

KPDNKK Bertindak Serta Merta Serbu Kedai Kota Raya, Namun....

Menurut ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan undang-undang seharusnya dikenakan kepada peniaga yang menipu dan bukan kepada persatuan pengguna yang hanya membantu, apatah lagi pengadu berkenaan mendapat surat daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

“Perkara ini sangat ganjil kerana tidak pernah berlaku. Atas alasan apa kami disiasat? Jika disebabkan terdapat laporan polis daripada peniaga terbabit yang menyatakan diugut, kami sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya.

“Lebih dikesalkan apabila polis memohon untuk menahan reman aktivis kami,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 29 aduan berkenaan jualan peralatan telekomunikasi telah diterima sejak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membuka kaunter di tiga pusat beli-belah utama di ibu negara sejak Isnin lalu.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, kesemua a­duan tersebut telah diterima di Plaza Kota Raya sementara tiada aduan dilaporkan di Plaza Low Yat dan Kompleks Pertama.

Beliau berkata, semua aduan yang diterima adalah berkaitan dengan penipuan harga.

Menurut Alias, pihaknya pada masa ini bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadap peniaga berkenaan termasuk mengeluarkan notis kepada mereka memandangkan premis yang diadu belum beroperasi.

“Tindakan serta-merta telah diambil oleh petugas kaunter dengan pergi terus ke premis-premis yang diadu. Namun premis masih tidak beroperasi sehingga kini.

“Kami juga sedang mengumpul semua maklumat premis yang diadu untuk tujuan mengesan pemilik premis bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

#Hurmm...dah masuk tahun kedua orang ramai mengadu....dah panas bagai dahh....kedai tu pun dah tutup serta diarahkan berpindah oleh pengurusan KotaRaya...KPDNKK tak kan tak tau? Malaysia kini semakin pelikkk!!!!

via

0 comment... add one now