Suspek Pembunuh Kejam Kerani Sekolah Agama Di Dakwa

Suspek Pembunuh Kejam Kerani Sekolah Agama Di Dakwa: Seorang Penolong Pegawai Perubatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar didakwa atas tuduhan membunuh seorang kerani wanita sekolah agama yang mayatnya ditemukan dengan kesan jerut di leher di Taman Setia Kasih, pertengahan bulan lalu.

Suspek Pembunuh Kejam Kerani Sekolah Agama Di Dakwa

Zurailie Muhamad, 30, yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Syafiq Mustaza.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam. Mengikut kertas pertuduhan, Zurailie didakwa membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, di rumah beralamat nombor 85, Taman Setia Kasih, Jalan Sungai Terap, Bukit Pasir antara pukul 2.05 petang dan 2.30 petang, 16 November lalu.

Pertuduhan terhadap penjawat awam itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, A. Shaarmini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Suspek Pembunuh Kejam Kerani Sekolah Agama Di Dakwa

Mahkamah menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes tersebut sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat siap.

Mangsa, Nurul Shahira yang merupakan kerani Sekolah Agama Sungai Raya ditemukan mati dalam keadaan menyayat hati di pintu bilik utama rumahnya.

Polis Tahan Jiran, Disyaki Terbabit Kes Pembunuhan Kerani Sekolah Agama

Nurul Shahira ditemukan jiran sebelah rumahnya pada pukul 6 petang dalam keadaan terbaring dengan kesan jerut di leher dan telefon bimbit serta barang-barang kemasnya turut dirompak.

Semasa kejadian suami Nurul Shahira, Muhammad Faris Jaafar, 30, tiada di rumah kerana bekerja di Ulu Tiram, Johor Bahru manakala anaknya, Muhammad Aish, 11 bulan, dijaga pengasuh di kawasan berdekatan.

via

0 comment... add one now