Inikah 2 Punca Amen Beyond Mati Di Tembak?

Inikah 2 Punca Amen Beyond Mati Di Tembak?: Ahli perniagaan Syed Amen Jainul Abidin, 46, yang maut ditembak di Jalan Datuk Keramat, Butterworth, awal pagi tadi, pernah diugut beberapa kali kerana lantang mempertahankan hak kaum Melayu di Pulau Pinang.

2 Punca Amen Beyond Mati Di Tembak

Isterinya, Masita Abu Bakar, 46, berkata suaminya pernah memberitahunya mengenai perkara berkenaan dan berpesan mereka sekeluarga supaya berhati-hati.

"Arwah sering membantu rakan-rakannya yang dalam kesusahan dan biarpun ramai yang mengenalinya sebagai seorang yang cukup tegas tetapi hakikatnya hatinya mudah tersentuh jika melihat kesusahan orang lain," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, Syed Amen maut ditembak dari jarak dekat di depan sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi.

Allahyarham seolah-olah sudah dapat merasakan tragedi yang bakal menimpanya kerana menerusi satu status Facebook miliknya menggunakan nama 'Amen Beyond', beliau merujuk satu kejadian tembakan dan meramalkan perkara sama akan menimpanya.

Status itu dimuat naik pada 4 Disember tahun lalu yang melaluinya Syed Amen turut meluahkan beliau tidak takut dengan kemungkinan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata mangsa ditemui berlumuran darah dalam keretanya selepas seorang lelaki melepaskan lima das tembakan.

2 Punca Amen Beyond Mati Di Tembak

Masita berkata mereka berkahwin 10 tahun lalu, dan masih belum dikurniakan anak kerana beliau mengalami keguguran beberapa kali termasuk yang terbaru, minggu lalu.

“Saya sangat sedih dan memang sukar untuk menerima kenyataan ini, tapi reda dan pasrah kerana ini ketentuan Allah.

"Saya harap polis dapat menangkap orang yang menembak suami saya secepat mungkin," katanya.

Syed Amen antara aktivis yang aktif mempertahankan kampung dan gerai masyarakat Melayu yang diroboh pihak berkuasa tempatan.

Beliau pernah menerima Anugerah Ikon Bumiputera Pulau Pinang pada 2008. Pada 2014, kedai cuci kenderaan miliknya di Jalan Arraton, pernah dibakar pihak yang dipercayai tidak berpuas hati dengannya kerana lantang mempertahankan nasib orang Melayu.

Sementara itu menerusi laporan Mstar Online pula menulis, sepucuk pistol ditinggalkan dalam kenderaannya pada tahun 2012 dan dia mendakwa dua kali menerima ancaman di pusat cuci keretanya selepas kejadian itu.

Mangsa mendakwa ia dilakukan oleh pengedar dadah yang mahu menggunakan pusat cuci kereta itu sebagai pusat transit.

Sementara itu adik mangsa, Abdul Kader, 42, berkata beliau dihubungi rakannya memaklumkan abangnya ditembak namun tidak mempercayai dan meminta kawannya itu melihat mayat bagi mengesahkan ia adalah abangnya.

"Saya benar-benar terkejut selepas mendapat berita ini dan langsung tidak percaya abang akan meninggalkan kami dalam keadaan begitu.


"Emak yang ketika ini berada di India, sangat sedih dan dijangka balik ke sini, esok," katanya.

Beliau berkata Syed Amen adalah anak kedua daripada lima adik beradik dan suka menolong orang terutama rakan-rakan yang dalam kesusahan tanpa mempedulikan ugutan terhadapnya.

Jenazah Syed Amen dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Dua, Butterworth selepas solat Asar tadi. Al Fatihah buat beliau.

Video tauke nasi kandar yg juga pemilik sebuah car wash di Penang maut ditembak dari jarak dekat awal pagi tadi. Allahyarham pernah viral beberapa bulan lalu berikutan kes mengamuk di kaunter JPJ kerana status keretanya yg dilupus oleh JPJ namun masih berada dijalanraya..... Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan muslimin beriman dan beramal soleh
Posted by Video Viral on Wednesday, 10 February 2016


via
http://www.hmetro.com.my/node/114239

0 comment... add one now