Pisang Goreng Plastik Kembali Lagi | Sebuah persatuan pengguna berkata, ia menemui campuran plastik dalam makanan bergoreng yang dijual di sekitar bandar raya ini.
Yayasan Lembaga Konsumen Indonesia (YLKI) cawangan Jambi berkata, makanan yang dicampur dengan bahan berbahaya itu termasuk tahu goreng, pisang goreng serta beberapa makanan bergoreng yang lain.
Ketua YLIKI Jambi, Ibnu Kholdun memberitahu wartawan, plastik itu dicampurkan kerana mahu dilihat lebih menarik.
Menurutnya, jika dimakan, makanan bergoreng yang dicampurkan dengan plastik tidak jauh berbeza dari segi rasa berbanding digoreng seperti biasa.
“Ia hanya boleh dilihat ketika makanan itu digoreng,” katanya.
Ketua Jabatan Perindustrian dan Perdagangan Jambi, Komari berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan itu, termasuk mengadakan pemeriksaan mengejut serta ujian makmal. - Agensi
via
Pisang,Tahu Goreng Plastik Kembali Lagi
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →