Gempa Bumi Berukuran 7.9 Magnitud Di Pesisir Barat Sumatra, Amaran Tsunami Di Keluarkan

Gempa Bumi Berukuran 7.9 Magnitud Di Pesisir Barat Sumatra, Amaran Tsunami Di Keluarkan,ok: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud telah melanda pesisir barat Sumatera, Indonesia kira-kira 8.50 malam ini.

Gegaran tersebut turut dirasai penduduk di sekitar Penang, Klang, Shah Alam dan Subang terutama mereka yang tinggal di apartment..

Gempa Bumi Berukuran 7.9 Magnitud Di Pesisir Barat Sumatra, Amaran Tsunami Di Keluarkan

Dalam perkembangan yang sama, Indonesia telah mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan barat Sumatera, Utara Sumatera dan Aceh akibat dari gempa terbabit.

Sementara itu, Malaysian Meteorological Department menerusi laman Facebook rasmi mereka mengesahkan kejadian tersebut.

Gempa Bumi Berukuran 7.9 Magnitud Di Pesisir Barat Sumatra, Amaran Tsunami Di Keluarkan

Menurut laporan awam, antara bangunan tinggi yang merasai gegaran itu ialah Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Georgetown yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan dan kompleks membeli-belah.

Sementara itu beberapa balai bomba dan penyelamat di kawasan Kajang, Shah Alam dan Petaling Jaya turut menerima panggilana kecemasan berhubung gegaran tersebut dan anggota bomba telah dikerah untuk membuat pemantauan di lokasi-lokasi yang terlibat.

0 comment... add one now