Man Dayak Lefthanded Meninggal Dunia

Man Dayak Lefthanded Meninggal Dunia,ok: Pemain dram kumpulan Lefthanded, Man Dayak atau nama sebenarnya Abdul Rahman Othman, 54, meninggal dunia akibat serangan jantung tengah malam tadi.

Man Dayak Lefthanded Meninggal Dunia

Vokalis Lefthanded, Nash memaklumkan, jenazah Allahyarham Man dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Alif, Jalan Tampoi, 11.15 pagi tadi.

"Dia meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru sekitar 12.30 tengah malam. Selepas mengadu sesak nafas, dia dikejarkan ke hospital dan di situ, Allahyarham disahkan meninggal dunia.

"Sebelum ini, dia ada memaklumkan sakit dada tetapi tidak menjalani pemeriksaan," katanya.

Allahyarham Man Dayak meninggalkan tiga anak, Nur Hafidah Abdul Rahman, 23, Mohd Nur Hafiz Abd Rahman, 22, dan Nur Hafiezah Abd Rahman, 18.

"Saya mewakili keluarga arwah mengucapkan terima kasih kepada rakan dan keluarga yang datang menziarahi.

"Man seorang rakan yang baik hati dan senang didekati. Kehilangannya sememangnya dirasai lebih-lebih lagi oleh rakan terdekat," katanya.

Selain Nash, turut hadir ke majlis pengkebumian adalah beberapa rakan artis antaranya Man Kidal dan Ayai Ilusi.

via

0 comment... add one now