Pemain Bolatampar Lahir & Buang Anak Dalam Semak Ketika Pertandingan Berlangsung

Pemain Bolatampar Lahir & Buang Anak Dalam Semak Ketika Pertandingan Berlangsung,ok: Seorang pemain bola tampar remaja wanita di China melahirkan anak dalam tandas sebuah gimnasium dan kemudian meninggalkan bayi perempuan itu dalam semak sebelum kembali menyertai pertandingan, lapor media kerajaan hari ini.

Pemain Bolatampar Lahir & Buang Anak Dalam Semak Ketika Pertandingan Berlangsung

Menurut akhbar Hangzhou Daily, remaja itu bersalin ketika merakam perlawanan kejohanan bola tampar wanita kebangsaan bawah 18 tahun di bandar Changxing, wilayah timur Zhejiang, Rabu lalu.

Dia melahirkan anak dalam tandas sebelum meletakkan bayi itu dalam semak berhampiran gimnasium kerana ketakutan, menurut laporan dan kemudian menyambung kembali rakaman perlawanan.

Menurut laporan, bayi itu ditemui seseorang yang kebetulan melalui kawasan itu di mana dia mengikuti kesan darah pada lantai untuk mencari ibunya.

"Remaja itu sedang berehat di tepi gelanggang. Dia nampak biasa selepas bersalin. Saya beranggapan dia mempunyai badan yang kuat melahirkan bayi ketika pertandingan berlangsung," menurut laman web People's Daily memetik individu itu yang dikenali sebagai Wang.

Menurut laporan lagi, bayi dan remaja itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan di mana mereka kini sihat.

Di China, anak luar nikah biasanya ditinggalkan kerana tekanan kewangan dan sosial. - AFP

via
Berita Harian

0 comment... add one now