Penduduk dengan persetujuan keluarga Richard nekad menggunakan khidmat pawang buaya itu sehari selepas kaki mangsa ditemui pada 5 April, manakala kepalanya ditemui keesokannya.
Selepas tiga hari melakukan ritual untuk memerangkap buaya itu, kelmarin dua buaya bersaiz tiga meter timbul di kawasan sungai di kampung itu, manakala seekor lagi ditemui mati di tebing sungai.
Menerusi sebuah video berdurasi 1 minit 27 saat yang dimuat naik menerusi Facebook, kelihatan tiga lelaki bergilir-gilir memenggal kepala dua ekor buaya itu menggunakan kapak sambil disaksikan orang ramai.
Menantu perempuan kepada mangsa, Rossni Kamis, 43, berkata, buaya berkenaan ditemui kira-kira jam 8 pagi, kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan dibaham buaya.
Menurutnya, apabila ternampak kelibat buaya berkenaan, penduduk kampung terus menangkap buaya berkenaan dan dibawa ke darat untuk diperiksa.
Video tersebut menerima pelbagai reaksi dari netizen yang menganggap perbuatan mereka sebagai tidak berperikemanusiaan.
Balas dendam pada sang bedal...
Posted by Video Viral on Tuesday, 12 April 2016
via
hmetro