Tembak Menembak Di Permas Utara, 3 Suspek Penjenayah Maut

Tembak Menembak Di Permas Utara, 3 Suspek Penjenayah Maut,ok: Tiga penjenayah ditembak mati selepas melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis ketika cuba melarikan diri daripada ditahan di Jalan Permas Utara, Johor Baharu, 5.45 petang tadi.

Tembak Menembak Di Permas Utara, 3 Suspek Penjenayah Maut

Tembak Menembak Di Permas Utara, 3 Suspek Penjenayah Maut

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, dua penjenayah mati di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Tembak Menembak Di Permas Utara, 3 Suspek Penjenayah Maut

"Kita mendapat maklumat sebuah Toyota Camry dalam keadaan mencurigakan berlegar-legar di sekitar kawasan Permas Jaya sebelum dua kenderaan polis mengekori mereka sejauh empat kilometer dari Jalan Permas 1 hingga ke Jalan Permas Utara.

Tembak Menembak Di Permas Utara, 3 Suspek Penjenayah Maut

"Tiba di Jalan Permas Utara, kumpulan penjenayah bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum polis membalas tembakan bagi mempertahankan diri dan sebagai isyarat berhenti," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tembak Menembak Di Permas Utara, 3 Suspek Penjenayah Maut

Beliau berkata, polis kemudian mendapati tiga lelaki berusia antara 22 hingga 25 tahun terkena tembakan yang mana dua daripadanya maut di dalam kereta itu.

Tembak Menembak Di Permas Utara, 3 Suspek Penjenayah Maut

Katanya, polis menjumpai dua pistol semi auto dalam kereta itu serta mendapati Toyota Camry berkenaan adalah kereta curi bersabit kes di Taman Bukit Indah di sini, akhir tahun lalu.

via
Harian Metro

0 comment... add one now