Penjelasan & Tindakan Doktor Wanita Yang Dikatakan Berkasar Dengan Pesakit

Penjelasan & Tindakan Doktor Wanita Yang Dikatakan Berkasar Dengan Pesakit,ok.

Penjelasan & Tindakan Doktor Wanita Yang Dikatakan Berkasar Dengan Pesakit

Assalamualaikum wbt.
Pertama sekali, saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang tak putus-putus memberikan kata-kata semangat. Usaha dan keperihatinan kalian amatlah saya hargai. Terima kasih juga untuk doa yang dikirimkan.

Berdiam bukan bererti kalah, tapi berdiam untuk tidak mengeruhkan keadaan. Apa yang berlaku semalam, motifnya hanya satu iaitu kerana ketidakpuasan hati suami kepada pesakit saya.

Siapa kata doktor dan misi jahat?garang? kurang ajar? Tak kisah apa yang hendak orang awam labelkan kami sebagai pekerja di sektor kesihatan, tapi apa pun tugas yang telah diamanahkan kepada kami, kami akan jalankan dengan penuh rasa tanggungjawab. Betul, ada masa-masanya, mungkin ternampak kami bermasam muka, kami bercakap agak kasar, tapi benda itu semua tidak menghalang kami untuk memberikan yang terbaik utk pesakit kami.

Semua pesakit yang berada di wad saya, saya cuba berikan yang yang terbaik. Jika perlu rujukan dibuat ke team yang lain (contoh pembedahan, medikal dan lain-lain), saya akan buat demi kebaikan pesakit saya. Dan bila mana team tersebut sudah terlibat sama dalam memastikan kesihatan pesakit berada di tahap yang baik, jika pesakit dibenarkan pulang, team berkenaan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu. Ini adalah kerana pesakit berkemungkinan memerlukan rawatan susulan dengan team berkenaan di masa akan datang.

Saya biadap? Jika kita pergi rumah orang, perlulah ketuk pintu, beri salam dan perkenalkan diri tak lupa juga tujuan kedatangan kita ke rumah orang itu. Jika tujuan kita dikemukan dengan cara biadap dengan ayat yang kasar, agak-agak tuan rumah akan layan tak? Entah-entah tuan rumah dah report polis ada orang nak menceroboh ke rumahnya.

Saya marah sampai menggeletar dan rasa nak tumbuk? Cuba bayangkan, kalau orang biadap memberi provokasi sedangkan kita sedaya upaya berusaha menerangkan dengan suara yang tenang, tapi dia masih terus meninggikan suara, agak-agak ada orang boleh tahan? Saya juga manusia seperti orang lain, sabar saya ada hadnya. Tapi saya tetap tahan diri dari melakukan perkara yang di luar jangkaan. Saya minta maaf kalau ada orang yang terasa bila saya menyuarakan rasa kemarahan saya kepada misi saya tanpa niat untuk menumbuk sesiapa. Kenapa perlu terasa?

Dipendekkan cerita, jika anda tidak berpuashati dengan perkhidmatan saya, percakapan saya, atau perbuatan saya, sila lapurkan dengan cara yang betul, bukan melalui facebook. Yang paling menyalahi undang-undang bila mana gambar saya diambil TANPA PENGETAHUAN saya, diambil KETIKA SAYA BEKERJA dan dimuatnaik TANPA IZIN saya.

Saya berhak melapurkan kepada SKMM dan tindakan selanjutnya akan diambil.
Dengan ini, saya meminta maaf secara terbuka jika ada perbuatan atau perkataan saya yang telah menyakitkan hati mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun, saya telah membuat aduan polis dan akan memastikan kejadian yang berlaku ke atas diri saya tidak akan berulang lagi untuk mana-mana penjawat awam. Saya akan mengambil tindakan undang-undang kerana kejadian ini telah memalukan saya, menggugat reputasi saya dan tempat kerja saya serta secara tidak langsung menganggu emosi saya.
Terima kasih.

Dzuratul Ain

0 comment... add one now