"Dia Berkeras Enggan Hantar Saya Balik, Rupa2nya Itu Petanda Dia Akan Pergi",ok!: "Dia berkeras tak mahu hantar saya balik Kuala Lumpur pada Selasa depan... rupa-rupanya itu petanda suami saya terus pergi." Norasikin Abdul Halim, 26, tidak dapat menahan sebak mengimbau kisah suaminya, Mohamad Fandi Rosli, 26, yang terbunuh dalam nahas jalan raya di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, ketika ditemui wartawan Berita Harian, Nor Farhani Che Ad.
Pasangan itu berkahwin tiga bulan lalu, namun tinggal berasingan kerana Norasikin bertugas sebagai jururawat di Hospital Selayang.
Menurut Norasikin, biasanya Mohamad Fandi akan menghantarnya pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti di rumah keluarga di sini.
Bagaimanapun, suaminya beriya-iya meminta Norasikan pulang sendiri ke ibu negara kali ini.
"Dia sempat belikan tiket penerbangan untuk saya pulang ke Sungai Petani pada Khamis ini tetapi minta saya menguruskan sendiri perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada Selasa depan.
"Asalnya saya tak rasa apa-apa yang pelik bila dia kata tak boleh hantar saya balik ke Kuala Lumpur minggu depan.
"Sekarang saya tahu kenapa," katanya ketika ditemui di rumahnya mentuanya di Kampung Seri Pinang.
Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Assam.
Sementara itu, bapa mangsa, Rosli Lin, 57, berkata anak sulungnya yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat di Seberang Jaya di Pulau Pinang, dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.
"Dia habis bertugas jam 7 pagi. Sebelum kejadian, perangai dia macam biasa tapi dalam dua hari sebelum ini saya nampak dia lebih pendiam.
"Biasanya Fandi periang dan suka bercakap," katanya sambil menambah Norasikin kini berbadan dua dan di peringkat awal kehamilan.
Mohamad Fandi maut selepas kereta dinaikinya dirempuh pemandu sebuah kereta yang melawan arus dari tol Sungai Dua menghala Butterworth.
Nahas menyebabkan kenderaan dipandu Mohamad Fandi terbabas ke kiri jalan sebelum dilanggar sebuah motosikal.
Kecederaan parah yang dialaminya menyebabkan mangsa meninggal di tempat kejadian.
sumber
http://www.bharian.com.my/node/260057?