Wanita Terpaksa Pakai Tuala Ketika Melawat Di Hospital Sg Buloh

Wanita Terpaksa Pakai Tuala Ketika Melawat Di Hospital Sg Buloh: Seorang wanita diarah memakai tuala oleh pengawal keselamatan di Hospital Sungai Buloh untuk menutup lututnya sebelum memasuki bangunan hospital.

WanitaTerpaksa Pakai Tuala Ketika Melawat Di Hospital Sg Buloh

Kejadian itu dikongsi oleh mangsa di akaun Facebook yang menggunakan nama "Nisha Daddygal" pada 21 Jun lepas.

Menurut Nisha, dia terpaksa meminjam tuala pesakit untuk melawat pesakit.

WanitaTerpaksa Pakai Tuala Ketika Melawat Di Hospital Sg Buloh

Menceritakan kejadian, Nisha berkata ketika dia sampai di pagar hospital, terdapat beberapa orang pengawal keselamatan memberhentikannya dan berkata dia tidak boleh masuk kerana memakai seluar pendek.

Kerana tiada pilihan ayah Nisha terpaksa masuk ke dalam wad dan meminjam kain tuala pesakit dan memberi kain tuala itu kepadanya untuk menutup bahagian lutut dan pinggang.


Menurut info dari pegawal keselamatan itu, arahan itu datangnya dari kementerian kesihatan sendiri.

Namun begitu, Pengarah Hospital Sungai Buloh bertindak pantas dengan membuat permohonan maaf dan berkata perkara itu (menghalang pelawat memasuki bangunan kerana pakaian) bukan polisi dari hospital atau Kementerian Kesihatan.


via
http://www.siakapkeli.my/2015/06/wanita-terpaksa-pakai-kain-tuala-untuk.html

0 comment... add one now