Bagi ibubapa pula, tiada sesiapa pun boleh menerima perbuatan ganas begini berlaku keatas anak mereka. Aksi pemula flying kick dari belakang pasti membuatkan ramai berang!
Samseng taik kucing...7 hingga 8 belasah seorang...nampak jelas mereka semua ni pelajar paling bacul dalam dunia!!!
Apapun alasan, pasti ia tak boleh diterima kerana ini bukan jalan penyelesaian sebenar. Penahanan mereka disiar menerusi Berita Harian,
Seramai tujuh orang remaja lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pukul seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu yang tersebar luas di laman sosial semalam.Seterusnya video tersebut dibawah
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, berkata kesemua pelajar yang berusia 14 tahun itu diberkas antara pukul 12.20 hingga 12.50 pagi tadi di sekitar Kuala Terengganu.
Katanya susulan kejadian Khamis lalu mangsa yang juga pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan mengalami kesan lebam dan lemah anggota badan dan gagal hadir ke sekolah.
"Video berdurasi 1 minit 45 saat telah tersebar melalui WhatsApp sebelum tersebar luas ke laman Youtube dan Facebook," katanya.
Menurutnya ekoran penyebaran video tersebut bapa mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Beliau berkata siasatan lanjut dan motif sebenar kejadian masih disiasat dan kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. - BERNAMA
Nak tunjuk gengster tak betempat budak2 bangang ni..sakit hati pulak nengoknya.
Posted by Video Viral on Sunday, 16 August 2015
via
http://www.bharian.com.my/node/75432