Lelaki Ini Terima Padah Akibat Sikapnya Yang Suka Menghendap Gadis

Lelaki Ini Terima Padah Akibat Sikapnya Yang Suka Menghendap Gadis : Seorang lelaki pertengahan usia di Ningbo, China terpaksa menanggung malu selepas diikat di sebatang tiang lampu jalan di hadapan khalayak ramai kerana mengendap seorang gadis baru-baru ini.

Lelaki Ini Terima Padah Akibat Sikapnya Yang Suka Menghendap Gadis

Lelaki dikenali sebagai Xu itu diperlakukan sedemikian oleh bapa gadis tersebut yang berang dengan tindakan lelaki berkenaan mengekori anak perempuannya selama seminggu di bandar ini.

Xu, 51, didakwa mengekori gadis tersebut sebelum dan selepas waktu sekolah dengan tujuan mengganggunya sekali gus menyebabkan bapa pelajar itu bertindak menangkapnya, lapor People’s Daily.

Sebaik berjaya ditangkap, Xu ditampar berkali-kali oleh si bapa sebelum diikat di tiang lampu di luar sebuah pasar raya di Jalan Wang Mei pada 23 Oktober lalu.

Menurut polis, Xu mengakui perbuatannya dan kes tersebut sedang dalam siasatan lanjut.

“Lelaki ini memang patut dimalukan,” komen seorang pengguna Weibo. – Agensi

via
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

0 comment... add one now