Seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui tersesat di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kinrara, selepas dipercayai keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarganya.
Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu ditemui anggota Polis Bantuan Prasarana yang bertugas di Stesen LRT itu dalam keadaan mencurigakan, jam 10 pagi semalam.
Dua anggota polis bantuan terbabit segera menghampiri kanak-kanak terbabit bertujuan bertanyakan destinasinya, namun kanak-kanak itu hanya mendiamkan diri.
Mujur seorang pengguna LRT mengenali mangsa yang didakwa tinggal di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah.
Jurucakap Prasarana Berhad berkata, kanak-kanak malang itu kemudian dihantar pulang ke rumahnya oleh dua anggota polis bantuan berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.
Katanya, ketua blok PPR terbabit turut membantu polis mengenal pasti kediaman kanak-kanak itu.
“Agak mengejutkan apabila ibu bapa kanak-kanak berkenaan tidak menyedari kehilangan anak mereka pada pagi semalam,” katanya.
Kejadian telah turut di muat naik di laman sosial Facebook(Fb) Salak Selatan Ag line serta mendapat reaksi ramai pihak.
Berikutan itu, Prasarana menasihatkan semua ibu bapa lebih berhati-hati supaya kejadian sama tidak berulang.
via
http://www.hmetro.com.my/node/91472#sthash.K7aIbnaQ.dpuf
FB SalakSelatan Ag Line
Budak 7 Tahun HILANG Tanpa Disedari Keluarga
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →