Lelaki Tembak Pasukan ESSCOM Mati Ditembak : Seorang lelaki ditembak mati selepas dia melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan yang sedang menjalankan operasi di kawasan tumpuan pendatang asing tanpa izin di Lahad Datu pada awal pagi Jumaat.
Dalam kejadian itu, suspek, Sedino Mas Parit dilapor telah melepaskan tembakan ke arah pasukan Esscom pada pukul 7.15 pagi.
"Anggota kami tidak mempunyai pilihan untuk bertindak balas selain menembak suspek," kata Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun dalam satu kenyataan siang tadi.
"Sepucuk pistol jenis .38 dan tiga peluru turut ditemui bersama mangsa," katanya.
Sementara itu, seramai 915 orang telah diperiksa dalam operasi di Perkampungan Sabah Baru dan Epil dari pukul 3 hingga 9 pagi Jumaat.
Daripada jumlah itu, 193 disyaki pendatang asing tanpa izin.
via
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/11/06/lelaki-serang-esscom/
Lelaki Tembak Pasukan ESSCOM Mati Ditembak
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →