Peniaga Rugi RM250,000, Duit Hangus Dalam Tin | Akibat tidak menyimpan wang di bank, seorang peniaga pasar malam terpaksa berputih mata apabila wang tunai didakwa berjumlah RM250,000 yang disimpan di dalam tin biskut di bilik tidurnya hangus dalam kebakaran melibatkan tiga buah rumah di Kampung Tanjung Kerayong.
Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang berkenaan sekali gus meleburkan impian Asmah Arim, 57, yang berasal dari Indonesia dan memegang taraf pemastautin tetap (PR) membeli rumah baharu menggunakan wang yang didakwa dikumpul sejak 32 tahun lepas itu.
Lebih malang kejadian tersebut turut mengakibatkan anak lelakinya berusia 17 tahun mengalami kecederaan dan melecur di kaki serta belakang badan ketika cuba memadamkan kebakaran.
Menurut Asmah, wang tunai hasil perniagaan dan jualan rumah serta tanahnya di Indonesia itu disimpan di dalam tin tersebut sejak dia berpindah ke Malaysia pada 1983 kerana lebih selesa berbuat demikian berbanding menyimpannya di bank.
“Saya berhasrat membeli rumah baharu berhampiran kediaman sekarang dengan wang simpanan itu,” katanya.
Dalam pada itu, Asmah memberitahu, dua anaknya berada di dalam rumah tersebut semasa kejadian kerana dia keluar ke kebun berhampiran.
“Saya bergegas pulang sebaik sahaja mendapat berita rumah terbakar dan cuba masuk untuk selamatkan wang simpanan serta barangan berharga lain tetapi dihalang orang ramai,” katanya.
Sementara itu, anak perempuannya yang tinggal bersebelahan rumahnya, Azizah Chairuk, 37, berkata, dia terkejut apabila melihat adik lelakinya berlari keluar dari rumah dan meminta tolong selepas pakaiannya disambar api ketika cuba memadamkan kebakaran.
“Saya sempat membawa keluar dua tong gas dari rumah mak manakala adik saya pula mengeluarkan motosikal sebelum kami menolak keluar van.
Kemudian barulah saya masuk ke rumah sendiri mengemas barang kerana api dari rumah mak hampir merebak ke rumah saya,” katanya.
Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba Balai Bomba Mentakab, Kamarudin Mohd. Saufi berkata, seramai 15 pegawai dan anggota bergegas ke tempat bagi memadamkan kebakaran.
via
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/wang-tunai-rm250-000-didakwa-hangus-dalam-kebakaran-1.157230
Peniaga Rugi RM250,000, Duit Hangus Dalam Tin
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →