Siti Nurhaliza Hamil?

Siti Nurhaliza Hamil? : Entah berapa kali dah berita Siti Nurhaliza hamil/mengandung keluar sebelum ini, namun kali ni berita tu nampak macam real sikit.

Siti Nurhaliza Hamil?

Menurut laporan Berita Harian yang dimaklumkan oleh sumber terdekat, perkhabaran gembira itu disampaikan oleh anak lelaki tiri Siti, Asyraf Khalid yang melangsungkan perkahwinan pada 2 November lalu.

Pelantun lagu `Jaga Dia Untukku' menguatkan lagi desas desus berita gembira itu dengan memuat naik sekeping gambar susu kambing dan kurma di laman sosial Instagram miliknya.

Kombinasi minuman yang dibuat oleh Siti Nurhaliza itu dikatakan digemari ibu mengandung kerana mempunyai banyak khasiat.

Siti Nurhaliza Hamil?

Siti Nurhaliza mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Namun, sehingga kini dia masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkhabaran gembira itu.

Berita mengenai kehamilan Siti sering menjadi bualan hangat, namun andai kali ini ianya benar, kami ingin mengucapkan tahniah buat beliau.

via
http://www.bharian.com.my/node/95375

0 comment... add one now