Suriati Luah Kesal, Keluarganya Kini Dipandang Negatif Masyarakat

Suriati Luah Kesal, Keluarganya Kini Dipandang Negatif Masyarakat: "Macam-macam tuduhan orang lemparkan kepada saya apabila saya memberikan kenyataan tentang Achey baru-baru ini sehingga ada yang kata saya cuba meraih simpati dan wang.

Suriati Luah Kesal, Keluarganya Kini Dipandang Negatif Masyarakat

"Sejak arwah meninggal dunia saya tidak pernah meminta simpati atau bantuan kewangan daripada sesiapa pun dan menggunakan kudrat yang ada dengan menjalankan perniagaan online untuk menyara keluarga saya.

"Saya cuma memberitahu perkara yang betul dan bukannya berbohong tetapi nampaknya kenyataan saya itu telah dipandang negatif oleh lah sesetengah pihak," kata Suriati kepada mStar Online ketika ditemui di kediamannya di Pandan Perdana pada Jumaat lalu.

Tambah Suriati, dia tidak pernah berniat untuk memburukkan Achey sebaliknya sekadar menyatakan perkara sebenar memandangkan bekas peserta program Bintang Mencari Bintang (BMB) itu pernah mengeluarkan kenyataan tentangnya di sebuah portal hiburan atas talian sebelum ini.

Suriati Luah Kesal, Keluarganya Kini Dipandang Negatif Masyarakat

Lenyataan pelawak yang juga anak didik arwah iaitu Achey dalam sebuah portal hiburan atas talian yang kononnya sering bertanya khabar keluarga mereka juga tidak benar.

Achey bagaimanapun dalam kenyataan balasnya menjelaskan terdapat salah faham mengenai perkara tersebut kerana pertanyaan khabar itu sebenarnya diajukan kepada anak sulung bekas isteri pertama Harun dan bukannya melalui Surianti.

Suriati Luah Kesal, Keluarganya Kini Dipandang Negatif Masyarakat

Kesal Sikap Achey

Dalam pada itu, Surianti berkata, dia kesal dengan sikap Achey yang seolah-olah langsung tidak mengenalinya biarpun hakikatnya hubungan mereka akrab sebelum ini.

"Jika benar dia ingin bertanya khabar tentang saya dan anak-anak mengapa perlu menerusi pihak lain sedangkan hubungan kami sebelum ini sangat baik malah anak-anak juga rapat dengannya.

"Jadi apabila wartawan bertanya benar atau tidak dia ada bertanya khabar saya jawab tidak kerana pertanyaan itu tidak dibuat secara langsung kepada saya atau anak-anak," jelasnya.

Suriati Luah Kesal, Keluarganya Kini Dipandang Negatif Masyarakat

Mengulas mengenai isu dia membangkitkan status perniagaan arwah suaminya yang dikongsi bersama Achey, Surianti mengakui dia tidak terlibat dalam sebarang urusan perniagaan tersebut.

Bagaimanapun kata Surianti, dia bersuara kerana ingin mengetahui situasi sebenar memandangkan Allahyarham ada membuat pelaburan dalam perniagaan tersebut selain ingin menuntut hak anak-anaknya.

"Seperti kenyataan dia sebelum ini dia sudah serah semua share perniagan yang dikongsi kepada keluarga, saya tidak tahu menahu mengenai perkara itu malah dikeluarkan daripada grup perniagaan berkenaan.

"Sepatutnya sebarang keputusan dimaklum kepada saya kerana saya balu arwah dan saya bersuara pun bukan kerana kepentingan diri sendiri tetapi untuk menegakkan hak anak-anak kami," ujarnya.

Status Isteri Ke 2

Dalam perkembangan sama, Surianti berkata, dia kesal apabila statusnya sebagai isteri Harun turut dipertikaikan apabila mengatakan dia isteri kedua arwah.

Jelas Surianti, dia adalah satu-satunya isteri Harun sejak 15 tahun lalu dan tidak pernah menjadi isteri kedua seperti mana didakwa sebelum ini.

"Semasa saya berkahwin dengan arwah dia sudah menduda selama lima tahun dan tiada istilah saya isteri kedua atau perampas. Pandangan negatif seperti itu benar-benar memberi kesan negatif kepada saya," katanya.

Suriati Luah Kesal, Keluarganya Kini Dipandang Negatif Masyarakat

Menerusi perkahwinan pertama dengan Martinah Ahmad, Harun memiliki empat orang anak namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan lama.

Tambah Surianti lagi, dia bersama dua anak-anaknya nekad untuk berpindah ke kampung halamannya di Kulim, Kedah bagi memulakan kehidupan baharu di sana.

Dia mungkin akan kembali menetap di Kuala Lumpur pada masa hadapan namun hanya selepas kehidupannya kembali stabil.

"Sebenarnya anak-anak berat untuk berpindah kerana kehidupan dan rakan-rakan mereka semuanya di sini tetapi memandangkan kos sara hidup yang agak tinggi keputusan perlu dibuat.

"Alhamdulillah mereka bersetuju untuk memulakan kehidupan baharu di Kedah dan Insya-Allah kami akan berpindah pada Isnin depan," katanya.

via

0 comment... add one now