Pengalaman 2 Beranak Di Ragut Penjenayah:
Dalam perjalanan pulang ke rumah setiap hari, seperti biasa Auni akan menyanyi-nyanyi pelbagai 'nursery rhymes'. Saya sekali sekali menyampuk untuk membetulkan sebutannya. Nak dijadikan cerita, petang semalam kami terpaksa berhenti untuk isi minyak di stesen Petronas Batu Caves. Tak sempat nak keluar waktu tengahari untuk tujuan itu. Semasa berhenti di traffic light di hadapan Giant Batu Caves, tiba-tiba cermin sebelah depan kiri dihentak dengan kuat dan bertalu.
Saya tergamam dan termenjerit (tindakan reflex gitu). Auni mula menangis. Penjahat yang menghentak tu menyeluk ke dalam kereta melalui cermin untuk menarik beg sekolah Auni yang saya letakkan di atas seat depan ( Itu memang kesilapan besar saya). Mengingatkan dalam beg itu ada botol susu Auni, saya tarik semula beg tu. Bila tak berjaya mengambil beg tu selepas beberapa kali cubaan, penjahat tu memecut motorsikalnya dan berlalu. Mujur Auni duduk di dalam car seat di seat belakang. Jadi walaupun dia terperanjat dia masih 'seat still in her seat'.
Handbag dan bag laptop memang saya letakkan di dalam boot atau di bahagian bawah seat belakang (terlindung). Cuma beg sekolah Auni selalunya saya letakkan atas seat depan atau seat belakang. Kecuaian & (kebodohan) saya di situ. Kalau dah namanya peragut, dia tak kira beg sekolah atau beg apa pun, yang penting ragut 1st, check later.
Alhamdulillah setakat ni, kami tengok Auni secara fizikalnya tiada kecederaan cuma saya ada sedikit luka-luka kecil. Saya tahu mungkin ada yang beranggapan, "If it happens to me, I'm going to run over the 'peragut'". Tapi kalau anda dalam keadaan saya dimana kereta saya berada di antara kereta-kereta lain, there's nothing much you can do. Even to swerve your car to hit the 'peragut' takes some effort and time.
Natijahnya: It can happen to anyone and usually when you are off guard. Semoga musibah yang menimpa kami ini menjadi pengajaran untuk rakan2 lain.
via
Pengalaman 2 Beranak Di Ragut Penjenayah
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →