Isteri 17 Tahun Maut Di Belasah Suami,ok: Seorang wanita berusia 17 tahun ditemui mati dipercayai dipukul suaminya di rumah mereka di Ladang Sengat, Simpang Pulai, pagi tadi.
Mayat S Durga Devi ditemui terbaring di ruang tamu rumah dengan kesan kecederaan pada muka dipercayai akibat tumbukan suaminya berusia 27 tahun.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.30 pagi.
"Kita menemui mayat mangsa dalam keadaan terbaring dengan kesan pada mukanya seperti ditumbuk.
"Susulan kejadian itu, polis menahan suami mangsa di perkarangan rumah berkenaan kira-kira dua jam selepas siasatan dilakukan," katanya di lokasi kejadian,
Artikel: Suami Belasah Isteri Hingga Maut
Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati jiran pasangan itu ada terdengar mereka bertengkar lewat malam dan jam 5 pagi tadi. Beliau berkata, polis percaya pertengkaran membabitkan masalah keluarga.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
via
Berita Harian
Isteri 17 Tahun Maut Di Belasah Suami
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →