PTPTN CADANG SEKAT PEMBAHARUAN LESEN DAN ROAD TAX BAGI PEMINJAM PTPTN YANG CULAS

PTPTN CADANG SEKAT PEMBAHARUAN LESEN DAN ROAD TAX BAGI PEMINJAM PTPTN YANG CULAS!: PTPTN kini dilaporkan rugi RM40 billion, disifatkan hutang yang lebih besar dari hutang 1MDB disebabkan sikap 49% dari 3 juta peminjam yang gagal menjelaskan hutang mereka secara konsisten.

PTPTN CADANG SEKAT PEMBAHARUAN LESEN DAN ROAD TAX BAGI PEMINJAM PTPTN YANG CULAS

Disebabkan itu, PTPTN kini dilaporkan bercadang untuk menyekat pembaharuan lesen memandu dan juga cukai jalan kenderaan bagi peminjam tabung berkenaan yang enggan melangsaikan hutang PTPTN mereka.

Dua sekatan tersebut adalah antara perkara yang dicadangkan hasil perbincangan meja bulat Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) menurut Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid dalam laporan BH Online.

Mastura menjelaskan bahawa pada masa ini PTPTN mengalami masalah kewangan yang serius disebabkan sistem bayaran balik pinjaman yang rendah tetapi terpaksa mengeluarkan pinjaman kepada pemohon baharu dan jika tiada perubahan drastik dilakukan, tidak mustahil PTPTN tidak akan mampu memberi pinjaman lagi dan mungkin terpaksa ditutup.

“Jumlah bayaran balik yang diterima hanya 58 peratus daripada jumlah sepatutnya. Sehingga akhir tahun 2018, jumlah tunggakan pinjaman mencecah RM6.3 bilion. Hanya 32.5 peratus daripada RM56 bilion yang dikeluarkan dibayar balik.

“Ketika ini PTPTN menanggung hutang RM40 bilion, lebih besar daripada 1MDB. Dalam tempoh 10 tahun lagi, hutang yang diunjurkan kami ialah RM55 bilion dan dalam tempoh 20 tahun, meningkat sehingga RM76 bilion,” katanya ketika membentangkan KKR di Menara PTPTN.

Terdahulu sekatan ke luar negara dilihat berkesan untuk memastikan peminjam membayar balik pinjaman.

Dari 1 juta peminjam yang disekat untuk keluar negara dengan jumlah pinjaman sebanyak RM20.7 billion, seramai 640,000 peminjam membayar sebanyak RM2 billion.

Menurut Wan Saiful, isu ini adalah satu proses konsultasi rakyat yang bermula semalam. Dari hasil perbincangan meja bulat KKR antara cadangan terbaru yang dipertimbangkan ialah sekatan memperbaharui pasport, lesen memandu, cukai jalan kenderaan, pendaftaran perniagaan dan sekatan kelulusan pinjaman kepada ahli keluarga terdekat peminjam.

Proses ini akan dilaksanakan dalam bentuk kajian lebih dahulu menerusi laman web rasmi PTPTN, sekaligus memberi peluang kepada rakyat untuk mengambil bahagian dalam memutuskan dasar kerajaan.

Ianya akan tamat pada 13 Jun depan dan pastikan anda (terutamanya peminjam yang culas dalam pembayaran...mengambil bahagian kerana akhirnya ianya akan kembali kepada anda)

Kredit
Berita Harian

0 comment... add one now