6 Tan Jongkong Emas Jeneral Yamashita Di Temui?

6 Tan Jongkong Emas Jeneral Yamashita Di Temui? : Ramai mungkin mengenali nama Jeneral Tomoyuki Yamashita, seorang tentera Jepun paling kental dan dia juga dikenali dengan nama gelaran "Harimau Malaya" kerana berjaya menundukkan tentera British yang hebat dengan strategi perang yang tidak disangka-sangka oleh mereka.

 6 Tan Jongkong Emas Jeneral Yamashita Di Temui?

Namun yang kami ingin bicarakan disini ialah mengenai harta karun yang dikumpul oleh Jeneral Yamashita untuk dihantar kenegara Matahari Terbit itu dianggap terbesar didunia dan masih belum ditemui sehingga kini. Operasi merampas harta karun milik negara yang ditawan iaitu Malaya, Indonesia,Filipina, Singapore serta beberapa negara Asean lain di gelar operasi GOLDEN LILY. Tujuannya ialah membiayai kos peperangan negara tersebut.

Namun satu video dibawah mendakwa yang sebahagian kecil harta karun Jeneral Yamashita itu telah ditemui di Filipina.

 6 Tan Jongkong Emas Jeneral Yamashita Di Temui?

Jumlah 6 tan emas berbentuk jongkong pelbagai ditemui disatu bunker/terowong rahsia bernilai berbilion ringgit. Sama ada benar harta karun ini wujud atau tidak, kami pasti, masih ramai pemburu yang sanggup meredah pelbagai halangan demi mencari harta karun milik Jeneral Yamashita ini.



JUMPA EMAS 

Kisah kedua mengenai emas ialah tentang seorang lelaki bernama Mick Brown yang berjaya menemui emas seberat 2.5kg hanya beberapa sentimeter dibawah tanah.



Hurmm...bagaimana?? Adalkah anda juga berminat untuk mencari harta karun...terutamanya di Malaysia pula?

0 comment... add one now