Gambar Meruntun Hati Anak Syurga Ini VIRAL Di Seluruh Dunia: Sungguh tersentuh rasa hati apabila melihat mayat seorang budak Syria berusia 3 dan 5 tahun ini terdampar di tepi pantai Turki.
Galip, 5, dan Aylan Kurdi, 3, dan juga ibu mereka Rehan,35, antara yang telah menjadi mangsa dari 13 pelarian Syria yang dilaporkan lemas setelah bot mereka karam dipukul ombak.
Berita ini mendapat perhatian luas media British terutamanya apabila ia disiarkan dimuka utama akhbar mereka.
Gambar seorang kanak-kanak kecil yang berseluar jeans biru berbaju merah dengan wajahnya yang tertiarap terdampar di sebuah resort utama pelancong di Turki.
Bapanya, Mohammed Kurdi kini berada di Turki bekerja sebagai tukang gunting rambut. Beliau dikatakan telah mengeluarkan 4,000 euro untuk membawa anak dan isterinya ke sini.
Selain tragedi itu, mereka merupakan antara 3,000 pelarian yang telah maut/lemas ketika cuba mencari kehidupan baru di negara eropah.
Gambar yang amat meruntunkan hati ini tersebar meluas di laman sosial seluruh dunia.
Kini, masyarakat eropah telah membuat petisyen kepada kerajaan mereka agar turun padang membantu para pelarian ini.
Kerajaan Jerman, Perancis dan UK telah dipanggil pada mesyuarat EU untuk menyelesaikan jawapan baru kepada krisis pelarian ini.
Menurut jurucakap Jerman, negara itu menjangka akan menerima 800,000 pendatang untuk tahun ini ketika banyak negara Kesatuan Eropah yang lain menghadapi kritikan kerana gagal melakukan perubahan untuk pelarian dan pencari suaka.
Sebagai perbandingan, kerajaan Britain menerima 25771 permohonan suaka pada tahun berakhir Jun 2015, menurut data dari Kementerian Dalam Negeri.
David Cameron juga menghadapi tekanan untuk menunjukkan 'belas kasihan' dalam menerima kehadiran pelarian di negara itu.
via
http://www.dailymail.co.uk/