Gambar & Video: Jurukamera Hungary, Petra Laszlo Tendang Pelarian Bawa Anak

[Gambar & Video] Wartawan/Jurukamera Hungary, Petra Laszlo Tendang Pelarian Bawa Anak Di Kecam Dunia: Melampau betul wartawan merangkap jurukamera betina sorang ni. Tah kemana etika dia sebagai wartawan pun tak tau lah. Sepatutnya dia tak perlu la nak tunjuk sikap biadapnya itu, apatah lagi pihak polis turut berada dikawasan tersebut.

Video Jurukamera Hungry, Petra Laszlo Tendang Pelarian Bawa Anak

Petra László, wartawan dari stesen N1TV telah mengejutkan dunia apabila bertindak menendang pelarian Syria yang mahu menyeberang ke Hungary di wilayah Röszke pada Selasa lalu.

Tindakan pertama dia dilihat menendang seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan namun mereka terus berlari, kemudiannya paling melampau apabila Petra László dilihat menendang seorang bapa yang sedang mendukung anaknya hingga terjatuh.


Video berdurasi 55 saat tempat kejadian telah disiarkan di Twitter oleh Stephan Richter, seorang wartawan saluran televisyen RTL, Jerman dan ianya terus menjadi viral di media sosial seluruh dunia.

Kecaman ini terus membawa pembentukan satu kumpulan di Facebook yang bernama "Petra László Wall of Shame".


Dalam pada itu menurut jurucakap stesen N1TV berkata, László telah dipecat kerana "tingkah laku buruk yang tidak boleh diterima".

Tambah editor stesen N1TV, Szabolcs Kisberk, "Khidmat jurukamera (Petra Laszlo) telah ditamatkan dengan serta merta, kes itu kini ditutup."





Video...Wartawan wanita Hungary, #PetraLászló tendang lelaki yg mendukung anak pelarian Syria hingga terjatuh...
Posted by Video Viral on Wednesday, 9 September 2015


via
http://www.dailymail.co.uk/news/article-3226888/Hungarian-camerawoman-sacked-filmed-tripping-migrants.html

0 comment... add one now