Hati Ibu Sayu Sangat, Kata Anak Rusiah Suar Jemaah Haji Pertama Malaysia Terkorban Di Mekah

Hati Ibu Sayu Sangat, Kata Anak Rusiah Suar Jemaah Haji Pertama Malaysia Terkorban Di Mekah ok: Pihak Lembaga Tabung Haji mengesahkan Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak merupakan mangsa pertama yang dikenal pasti terkorban dalam kejadian kren tumbang di Makkah, Jumaat lepas.

Rusiah Suar Jemaah Haji Pertama Malaysia Terkorban Di Mekah
JEMAAH haji Malaysia, Rusiah Suar (tengah), 56, dari Sungkai, Perak disahkan meninggal dunia dalam tragedi kren tumbang di Makkah, bergambar bersama anaknya, Nurhaizan Badri (kanan) dan Norbaizura Badri. - Foto Rosman Shamsudin
Berita Harian

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pengesahan itu dibuat oleh pasukan Lembaga Tabung Haji yang berada di sana.

"Pasukan Tabung Haji dibenar buat pengecaman jenazah melalui 108 gambar yang dipaparkan oleh pihak berkuasa," katanya dalam satu sidang media di Kelana Jaya, di sini hari ini.

Rusiah antara lapan jemaah Haji Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang susulan insiden kren tumbang itu.


Tujuh lagi jemaah yang gagal dikesan sehingga kini ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, (Kodiang, Kedah); Zainun Taha, 69, (Ampang, Selangor); Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan); Munah Jusoh, 73, (Cherang Ruku, Kelantan); Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, (Tanah Merah, Kelantan) dan Abdul Muluk Ishak, 71, (Pantai Remis, Perak).

"NO ENGLISH"

Dalam pada itu, menurut anak mangsa, Noor Farehah Abu Bakar, 35 berkata, dia sempat menghubungi telefon bimbit ibunya yang kemudiannya dijawab seorang lelaki Arab berkenaan yang tidak boleh bertutur Bahasa Inggeris.


"No English! Itu yang dijawab lelaki Arab berkenaan selepas hampir tiga kali saya menghubunginya. Kemudian saya meminta rakan yang fasih berbahasa Arab untuk menghubunginya namun tidak dijawab.

"Saya dapat dengar keadaan di sana bising macam di hospital, tapi masalah komunikasi menyebabkan saya tak tahu situasi menimpa ibu saya di sana," katanya di rumahnya di Bukit Antarabangsa ketika menerima kunjungan daripada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail.

Hati Ibu Sayu

Rusiah Suar Jemaah Haji Pertama Malaysia Terkorban Di Mekah

Menceritakan detik terakhir bersama ibunya kata Farehah, "Hati mak sayu sangat sebelum berlepas ke tanah suci."

Menurut Noor Farehah, kata-kata terakhir ibunya sebelum bertolak menunaikan fardu haji masih segar di ingatannya.

"Sebelum dia berlepas dia ada cakap, hati dia sayu sangat hari dia nak pergi. Saya cakap kenapa? Sebab sepatutnya dia gembira sebab pergi Mekah.

"Dia kata tak tahu, dia sayu sangat, dia sedih nak tinggalkan saya seorang. Saya cakap saya selamat kat sini, kenapa saya seorang pula?" ujar Noor Farehah dalam nada sebak.

Ahli Keluarga Redha 

Dalam pada itu, ahli keluarga allahyarham Rusiah Suar, reda dengan takdir Ilahi.

Adik Rusiah, Saiful Arifin Suar, 39, berkata, dia menerima berita sedih itu daripada seorang ahli keluarga melalui aplikasi WhatsApp sebelum sidang media oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang disiarkan secara langsung di televisyen.

"Saya reda di atas pemergian kakak dan menerimanya sebagai takdir. Saya berharap dia pergi dengan aman lebih-lebih lagi meninggal di sana (Makkah)," katanya.

Menurutnya, pengesahan itu juga menamatkan penantian keluarga yang tidak tenteram sebaik mengetahui Rusiah antara lapan jemaah negara ini yang hilang selepas kejadian kren tumbang.

Saiful segera ke rumah kakaknya itu di FELDA Gunung Besout 2 .

Allahyarham Rusiah yang juga ibu tunggal tinggal bersama dua anaknya iaitu Nor Baizura Badri, 27, dan Nor Haizan, 34, dan berangat ke tanah suci dengan ditemani rakan sekampung.

via
http://www.bernama.com/
http://www.sinarharian.com.my/
http://www.hmetro.com.my/
http://www.astroawani.com/

0 comment... add one now