Ia juga jarang dapat disebut dan dieja dengan betul oleh kebanyakkan orang kecuali oleh penduduk tempatan di bandar terbabit sendiri.
Bandar yang dimaksudkan adalah bandar "Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch."
Namun berbeza bagi seorang penyampai di sebuah stesen televisyen, nama bandar inilah yang menjadikan dia bintang internet sekelip mata.
Liam Dutton, seorang penyampai segmen ramalan cuaca di stesen televisyen Channel 4, sebuah stesen televisyen di Wales, berjaya menyebut nama bandar berkenaan dengan lancar dan tenang.
Video Dutton tersebar di laman YouTube dan dimedia sosial lain sejak tiga hari lalu dan kini telah mencecah tontonan lebih sembilan juta.
Netizen rata-ratanya kagum dengan kebolehan Dutton dan laman sosial dibanjiri dengan pujian untuk penyampai itu.
Dutton sebelum ini merupakan penyampai di saluran BBC dan berasal dari Cardiff, Wales.
Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch merupakan sebuah bandar kecil di utara Wales dan antara lokasi paling panas di negara tersebut.
If you're a meteorologist, it's good to know how to pronounce places. @LiamDutton handles this Welsh town no sweat. http://t.co/O32GfDYMz1
— Alex Lamers (@AlexJLamers) September 10, 2015
via
http://www.astroawani.com/berita-dunia/penyampai-jadi-bintang-sebab-sebut-nama-bandar-pelik-dan-panjang-dengan-lancar-73133