Dalam kejadian yang berlaku di China itu, wanita yang sedang mengandung itu diikat pada sebatang tiang oleh penduduk kampung di Zhejiang, China kerana mencuri wang bernilai RM600.
Menurut Shanghailist, wanita ini telah membayar kembali wang yang dicurinya itu. Bagaimanapun dia ketika itu berada diluar kampung halamannya kerana bimbangkan keselamatan.
Bagi membawa kembali wanita itu ke kampung, para penduduk dikatakan telah berjanji yang wanita itu tidak akan diapa-apakan setelah dia membayar kembali wang tersebut tambahan keadaan dirinya yang sedang hamil.
Bagaimanapun pada hari ke 10 wanita itu dikampung, penduduk bertukar fikiran lalu menangkap wanita itu serta diikat pada sebatang tiang dan dipukul hingga pengsan.
Berikutan itu, polis China dilaporkan telah bertindak menahan beberapa suspek yang memukul serta memenjarakan mereka selama 8 hari dan saman bernilai RM200.
Tindakan para penduduk ini mendapat perhatian dimedia sosial dan dikecam hebat kerana bertindak kejam ke atas seorang wanita yang sedang mengandung.
Kesalahan kerana mencuri...Wanita hamil ini diikat dan di belasah orang ramai....
Posted by Video Viral on Wednesday, 2 September 2015