"Ku lihat ISLAM TANPA SEORANG PUN MUSLIM di barat, ku lihat ramai Muslim TANPA ISLAM di timur." - Mat Kuantum's.
Kenangan Di Hujung Dunia #4
Selama 3 tahun 3 bulan berada di New Zealand untuk menyambung PhD, saya terasa begitu tenang dan damai sekali. Tidur nyenyak tanpa kerisauan setiap malam. Selama di New Zealand, saya berpindah-randah sebanyak 4 kali. Tetapi semua rumah yang saya diami hampir sama, iaitu pintu rumah dan tingkap tanpa jeriji besi (grill).
Ia bermakna pencuri mudah masuk hanya dengan memecahkan tingkap rumah. Alhamdulillah, rumah kami tidak pernah dipecah masuk, bahkan sangat jarang kita dengar kes curi dan rompak di New Zealand. Lebih menarik lagi, bank di New Zealand pun tidak menggunakan pengawal keselamatan (guard). Rakyat New Zealand sungguh beradab, beretika, bertamadun dan bertanggungjawab.
Tetapi sejak balik Malaysia selepas tamat PhD, saya memang begitu stress dan tidur malam tidak lena. Banyak sungguh kes kecurian dan jenayah di Malaysia. Tongkat dan spark plug motorsikal saya di curi di Lembah Pantai (lembah kecurian?). Masalah sosial semakin kritikal disebabkan ekonomi dan politik Malaysia.
Benarlah kata Sheikh al Azhar Imam Muhamad Abduh, "aku temui Islam tanpa Muslim di Perancis, tetapi aku temui Muslim tanpa Islam di Mesir."
Di New Zealand, saya tak perlu risau kalau tidur tanpa kunci pintu rumah. Kadang-kadang apabila ke kampus universiti, memang saya buka tingkap (pencuri boleh terus masuk melalui tingkap tanpa perlu pecahkan tingkap pun). Alhamdulillah, tiada kecurian dan tiada siapa pun ingin masuk ke dalam rumah. Kalau nampak sesiapa yang meragukan di luar rumah, boleh terus call polis untuk meminta bantuan - pernah 4 biji kereta polis hadir hanya kerana seorang lelaki berlegar-legar di hadapan rumah.
Konsep pencegahan jenayah sangat dikuat-kuasakan. Terasa sakinah, mawaddah dan rahmah tinggal di New Zealand. Tetapi di Malaysia, saya hidup dengan rasa terancam, tertekan dan gelisah. Kalau tidak kerana kecurian, bimbang hal jenayah lain. Benarlah kata Sheikh al Islam Imam Ibnu Tamiyah, "Tuhan akan tolong negara kafir jika pemimpinnya adil. Tuhan tidak akan tolong negara Muslim jika pemimpinnya zalim."
Kalau boleh, memang saya mahu pulang semula dan tinggal di New Zealand (atau Australia) walaupun perdana menteri atau presidennya kafir kerana kedamaian dan keselamatan yang ada di sana.
No traffic jam, no stress, happy life. Life is about options, so choose wisely. I choose to stay overseas.
via
Mat Kuantum's
"Ku lihat ISLAM TANPA SEORANG PUN MUSLIM di barat, ku lihat ramai Muslim TANPA ISLAM di timur." - Mat Kuantum's.
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →