Permohonan Maaf Terbuka Pengurusan Satay Kajang Hj Samuri Kepada Pengguna

Permohonan Maaf Terbuka Pengurusan Satay Kajang Hj Samuri Kepada Pengguna: Haritu admin ada upload artikel berkenaan staff sate Kajang Hj Samuri tak amanah dan bersikap kasar dengan pelanggan berikutan aduan pengguna di laman sosial Shah Alam Tak Suka Ban Orang. Berikutan itu, pelbagai komen diberikan netizen terhadap mutu dan perkhidmatan yang mereka lihat semakin lemah.


Pada 21 Sept 2015 lalu, tuan Hafiidz Nur selaku pengurus Sate Kajang Hj Samuri bertindak memuatnaik satu posting di group tersebut dengan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pengguna. Tulis beliau,
Assalamualaikum.. terima kasih admin group..sy Hafiidz.. pengurus restoran Sate Kajang Hj Samuri..

Saya memohon jutaan maaf kepada semua pelanggan Sate Kajang Hj Samuri atas kesilapan, kecuaian, kebiadapan dan kekurangan kami.

Sy akui apa yg berlaku pada tuan/puan adalah kelemahan pihak sy kerana gagal memberi yg setimpal kepada tuan/puan dgn bayaran yg kami terima

Sy amat berterima kasih atas aduan dan komen tuan puan dan pastinya sy akan memperbaiki kekurangan kami.

Sy mengalu-alukan aduan dan cadangan tuan/puan. Hubungi saya 24jam sehari 7hari seminggu ditalian 016 2296403.

Sy mohon Berjuta maaf tuan/puan.

Berikutan itu, kami juga membuat permohonan maaf terbuka kepada pihak sate Hj Samuri kerana membuat posting sebelum ini.

Artikel: Staff Satay Hj Samuri TAK AMANAH & Kasar Dengan Pengguna?

Selain itu, kami harap, pihak SHS melakukan sesuatu bagi memastikan pelanggan tertarik semula dengan sate warisan yang telah lama dikenali di Malaysia. Semoga terus suksess...

0 comment... add one now