Meninggal Ketika Solat Zohor

Meninggal Ketika Solat Zohor, ok : Pemborong ikan meninggal dunia ketika menunaikan solat Zohor secara berjemaah di Masjid Dewan Beta di Kota Baharu, petang tadi.

Meninggal Ketika Solat Zohor

Dalam kejadian 1.30 petang itu, mangsa, Zakaria Che Soh, 59, dikatakan sedang bersujud ketika rakaat pertama.

Anak mangsa Mohd Hakim Zakaria 27, berkata, jemaah lain kemudian membawa bapanya ke Klinik Lundang Paku di sini sebelum disahkan meninggal dunia.

"Jemaah lain pada mulanya menyangka ayah hanya pengsan sebelum menyedari arwah sudah tidak bernyawa.

Meninggal Ketika Solat Zohor

"Arwah ayah tidak menghidap penyakit kronik selain masalah darah tinggi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Serian, Dewan Beta, hari ini.

Mohd Hakim berkata, jenazah ayahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Panjang di sini selepas solat Isyak.

via
http://www.hmetro.com.my/node/80785

0 comment... add one now