Kisah 9 Manusia Yang Di Pelihara Binatang/Haiwan Liar

Kisah 9 Manusia Yang Di Pelihara Binatang/Haiwan Liar | Agak pelik apabila manusia dipelihara dan dibesarkan oleh binatang dihutan seperti kumpulan monyet, serigala dan lain-lain. Namun ianya bukan mustahil kerana sehingga kini dilaporkan 9 kes telah berlaku manusia dipelihara oleh binatang. Bagaimana jadi begitu? Wallahualam, banyak sebab dan puncanya. Ada diantara mereka dipelihara binatang setelah diculik, dibuang penjenayah kedalam hutan lalu dibela oleh sekumpulan binatang hingga perilaku mereka semua tak ubah seperti haiwan yang menjaga mereka.

1. Ukraina Dog Girl (Oxana Malaya) Lahir pada 4 Nov 1983

Kisah 9 Manusia Yang Di Pelihara Binatang

Seorang gadis yang ditinggalkan di sebuah kandang anjing oleh orang tuanya yang tidak bertanggung jawab sejak usia 3 ~ 8 tahun, Oxana Malaya membesar tanpa ibubapa selain daripada anjing yang ada di kandang tersebut. Ketika ia ditemui pada tahun 1991, dia tidak mampu bercakap, hanya mampu menggonggong, berlari sambil merangkak tak ubah seperti seekor anjing. Kini usianya sudah mencecah 30-an, Oxana Malaya telah mampu berkomunikasi, tetapi masih mengalami gangguan jiwa. Oxana Malaya akhirnya diterima bekerja sebagai perawat haiwan di sebuah ladang peternakan yang berdekatan rumah sakit jiwa dimana dia tinggal.


2.Cambodia Jungle Girl

Cambodia Jungle Girl-Kisah 9 Manusia Yang Di Pelihara Binatang

Ketika dia sedang mengembala sekawan kerbau di sepanjang tepi hutan di sebuah kampung di Kamboja pada usia 8, Rochom P'ngieng tiba-tiba hilang secara misteri. Bagaimanapun 18 tahun kemudian, pada tahun 2007, seseorang telah melihat wanita yang bertelanjang sedang menyelinap di sekitar halamannya sedang mencuri beras. Wanita itu diikenali sebagai Rochom P'ngieng yang telah lama hilang. Dia dikenali kerana bekas luka di punggungnya. Gadis itu telah hidup menjadi seorang wanita berusia 30 tahun yang entah bagaimanamampu  bertahan hidup sendirian di hutan tebal. Rochom P'ngieng yang diambil kembali oleh keluarganya gagal berkomunikasi dengan baik, akhirnya pada 25 Mei 2010 dia menghilangkan diri selama 11 hari dan ditemui didalam lubang tandas. Sept 2010, dia mulai diajar tentang kehidupan sosial. Bagaimanapun, Rochom P'ngieng lebih suka tinggal direban ayam berhampiran rumah keluarganya dan datang kerumah keluarga untuk makan.


3.Ugandan Monkey Boy

Ugandan Monkey Boy

Setelah melihat ibunya dibunuh oleh ayahnya, John Ssebunya yang ketika itu berusia 4 tahun menjadi trauma dan lari ke hutan. Dia dilaporkan dibesarkan oleh pasukan monyet vervet sehingga dia ditemui pada tahun 1991.Ketika dia dijumpai, ia cuba dihalang oleh keluarga angkat monyet yang membaling penduduk tempatan dengan ranting. John kini bagaimanapun telah berjaya menyesuaikan dirinya semula dengan masyarakat tempatan.


4.Victor of Aveyron


Mungkin inilah anak paling liar dari kalangan kesemua manusia yang ditemui bersama haiwan. Cerita Victor dibuat secara luas dikenal di film "L'Enfant Sauvage". Meskipun asal-usulnya adalah misteri, namun banyak orang yang percaya Victor menghabiskan masa kanak-kanaknya telanjang dan sendirian di hutan sebelum diketahui masyarakat pada tahun 1797. Setelah beberapa kali menampakkan diri, ia akhirnya muncul sendiri di dekat Saint-Sernin-sur-Rance, Perancis, pada tahun 1800.

5.Madina
Madina

Kisah tragis Madina adalah seperti Oxana Malaya. Ditinggalkan sampai pada hari dia ditemukan pada usia 3. Dia hidup dan diasuh oleh anjing. Ketika ditemui, dia hanya dapat mengucapkan dua kata, ya dan tidak, meskipun begitu dia lebih suka menggeram seperti anjing. Untungnya, Madina dia dilaporkan sihat mental dna fizikal oleh pasukan perubatan setelah penemuannya.

6. Lobo Wolf Girl of Devil's River
 Lobo Wolf Girl of Devil's River

Pada tahun 1845, seorang gadis misteri terlihat berjalan merangkak di sarang serigala yang menyerang kawanan kambing berdekatan San Felipe, Mexico. Cerita ini dikuatkan setahun kemudian ketika gadis itu terlihat lagi, kali ini dia terlihat sedang melahap seekor kambing yang baru dibunuh. Menurut cerita yang beredar, penduduk setempat yang bimbang mencari gadis itu keesokan harinya dan akhirnya mereka berjaya menangkap dia. Dia melolong tanpa henti sepanjang malam, yang akhirnya membuat sekelompok serigala datang ke desa untuk menyelamatkan gadis itu. Pada akhirnya Lobo Wolf Girl of Devil's River dapat menyelinap keluar dari kandang dan melarikan diri.

Gadis itu tidak lagi ditemui sehingga tahun1852, terakhir kali ia terlihat ia sedang menyusui dua anak serigala di tepi sungai. Selepas itu, dia kembali lari kembali ke hutan dan tidak pernah terlihat lagi lagi.

7.Russian Bird Boy
Russian Bird Boy

Terkurung di sebuah ruangan yang dikelilingi oleh kandang burung, seorang anak Rusia dibesarkan seperti burung peliharaan oleh orang tuanya yang kasar. Ketika ia ditemukan, ia tidak bisa berbicara dan hanya dapat bercericip seperti burung. Ia tidak dapat berkomunikasi seperti manusia normal. Dia telah dipindahkan ke pusat perawatan psikologis di mana para profesional bekerja untuk merehabilitasi dirinya.


8.Amala and Kamala
Amala and Kamala

Dua orang anak perempuan yang berumur 8 tahun dan 18 bulan, ditemui di sarang serigala 'pada tahun 1920 di Midnapore, India. Kisah ini menjadi kontroversi kerana umur mereka berdua yang jauh berbeza dan para penyiasat tidak menganggap mereka ini bersaudara.Dianggarkan mereka berdua telah diambil oleh serigala pada waktu yang berbeza. Seperti banyak anak-anak liar lain, mereka dilaporkan sangat ingin kembali ke alam liar dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup manusia.

9.Peter the Wild Boy
.Peter the Wild Boy

Seorang anak laki-laki, telanjang dan berbulu merangkak berjalan muncul dari hutan dekat Hameln, Jerman pada tahun 1724. Akhirnya ia dibujuk dan ditangkap. Ia berperilaku seperti binatang liar dan memilih untuk makan burung dan sayuran mentah bahkan ia tidak mampu berbicara. Setelah pindah ke Inggris, ia diberi nama Petru si Anak Liar. Meskipun ia tidak pernah belajar bicara, ia sangat mencintai musik, melakukan pekerjaan kasar, dan hidup sampai usia lanjut.



via
http://duniapenasaran.blogspot.com/2011/06/9-manusia-yang-pernah-dipeliharadirawat.html

0 comment... add one now