Di Pukul & Di Samun Setelah Tumpang Lelaki Tak Di Kenali

Di Pukul & Di Samun Setelah Tumpang Lelaki Tak Di Kenali,ok: Seorang lelaki dipukul sebelum disamun oleh individu tidak dikenalinya selepas menumpang motosikal individu terbabit di Kilometer 26.8, Lebuhraya Senai-Desaru, awal pagi tadi.

Di Pukul & Di Samun Setelah Tumpang Lelaki Tak Di Kenali

Dalam kejadian 7.15 pagi itu, mangsa bukan saja mengalami kerugian disamun tetapi turut menerima tujuh jahitan di belakang kepala dan empat jahitan di muka kerana mengalami kecederaan dalam kejadian terbabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Norazam Shaari berkata, kira-kira 4 pagi tadi, mangsa menumpang motosikal suspek untuk pulang ke rumahnya dari pusat bandar.

"Setibanya di lokasi kejadian, suspek dipercayai memberhentikan motosikal dan memukul mangsa sebelum membawa lari dompet mangsa berisi wang tunai RM60 dan dokumen penting serta telefon bimbit milik mangsa.

Di Pukul & Di Samun Setelah Tumpang Lelaki Tak Di Kenali

 "Suspek kemudiaannya meninggalkan mangsa di tepi lebuh raya berkenaan dalam keadaan berlumuran darah," katanya.

Beliau berkata, pekerja lebuh raya yang melakukan rondaan menemui mangsa terbaring di tepi lebuh raya dalam keadaan cedera sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail di sini, menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan.

via
Peon Jb
Harian Metro

0 comment... add one now