Teknik Urutan Untuk Atasi Anak-Anak Pelat

Teknik Urutan Untuk Atasi Anak-Anak Pelat,ok!: Pelbagai cara dan tips boleh didapati untuk merawat dan mengatasi anak-anak yang pelat ketika berbicara. Salah satunya ialah teknik urutan ditelinga anak-anak. Anda boleh pelajarinya menerusi video yang kami sediakan dibawah.  Selain itu terdapat beberapa lagi teknik lain untuk anak2 yang pelat ini...Antaranya...

Teknik Urutan Untuk Atasi Anak-Anak Pelat

Apa kita boleh lakukan ialah :

1. BARINGKAN anak di lantai sambil menyebut /k/ sebanyak 10 kali. Apabila baring, lidah akan jatuh ke bawah dengan sendirinya dan memudahkan kanak-kanak menyebut /k/ dengan betul.

2. MINUM DENGAN STRAW. Ini akan melatih anak mengangkat bahagian belakang lidah (tounge retraction). Untuk latihan yang lebih berkesan, beri anak menghisap nestum sederhana pekat selain air. Anak yang dapat minum dengan straw sebegini sepatutnya dapat juga meletakkan lidahnya dengan betul untuk menyebut bunyi /k/ (dan juga /g/)
3. MELATIH MENIUP BUIH. Anak juga boleh dilatih meniup buih menggunakan straw besar (5cm).

4. BERKUMUR

5. TEKAN LIDAH anak ke bawah, kepada keddukan lidah untuk menyebut bunyi /k/ atau /g/ menggunakan "tounge depressor" atau "batang aiskrim". Latihan ini MESTI dilakukan oleh Speech Therapist. Ibubapa dan guru tidak dinasihatkan melakukan latihan ini bersendirian.

Kemudian, latih anak :

1. Menyebut bunyi /k/ 10 kali berturut-turut.

2. Sebut sukakata yang bermula dengan /k/.. ka ki ku ke ko.

3. Sebut perkataan-perkataan yang bermula dengan /k/ seperti "kaki". Latih sebut sekurang-kurangnya 20 perkataan.

4. Sebut perkataan yang ada bunyi /k/. seperti "buku".

5. Sebut perkataan yang berakhir dengan /k/ seperti "emak".

6. Sebut ayat yang bermula dengan /k/ seperti "Kasut kawan Kimi".

7. Lakukan dengan kerap. Sekiranya anak anda mempunyai masalah pertuturan yang ketara, adalah dinasihatkan untuk mendaatkan khidmat speech therapist di hospital-hospital.



sumber
mysoul-edukids.blogspot

0 comment... add one now