Majikan Binatang Dah Kena Cekup

Majikan Binatang Dah Kena Cekup,ok! : Majikan yang didakwa mendera pekerjanya dipercayai menggunakan objek tumpul dan pemetik api di Johor Jaya, sudah ditahan reman bagi membantu siasatan.

Majikan Binatang Dah Kena Cekup

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan berkata, peniaga lelaki berusia 36 tahun yang juga kenalan mangsa ditahan polis di Taman Johor Jaya, pada 1.40 tengah hari, 12 Januari lalu.

Menurutnya, tangkapan dilakukan sepasukan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam berhubung tular gambar seorang lelaki yang didakwa dipukul majikannya.

"Peniaga peralatan pewangi kenderaan itu ditahan bagi membantu siasatan kes kecederaan dialami Nur Firdaus Ibrahim, 21.

"Selain itu, kami merampas beberapa peralatan dipercayai digunakan suspek untuk mencederakan mangsa.

"Suspek ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tiga hari," katanya.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine namun tiada rekod jenayah lampau.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah dengan senjata di mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

via
Harian Metro

0 comment... add one now