Emma Maembong Akan Saman Penulis Fitnah Dia Hamil

Emma Maembong Akan Saman Penulis Fitnah Dia Hamil | Emma Maembong, 23, dan keluarga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis yang membuat laporan mengatakan dia membeli alat ujian kehamilan sehingga menimbulkan salah faham bahawa dia kini hamil sebelum bernikah.

Emma Maembong Akan Saman Penulis Fitnah Dia Hamil

Kata Emma, tindakan terpaksa diambil kerana laporan tersebut membabitkan soal maruahnya dan keluarga, apabila orang ramai percaya bahawa alat ujian kehamilan yang dibelinya itu untuk kegunaan sendiri.

Emma dikatakan membeli alat ujian kehamilan itu untuk kakaknya, Yaya yang kini disahkan mengandung anak sulung.

“Memang ikutkan ini berkaitan maruah. Saya memang kecewa. Malah keluarga saya juga marah.

“Keluarga mahu mengambil tindakan undang-undang dalam soal ini memandangkan mereka mahu nama saya dibersihkan, tetapi buat masa sekarang saya serahkan kepada keluarga sahaja.

“Membayangkan saya sendiri kenal pihak yang menulis kisah ini memang saya tidak sampai hati,” katanya.

via

0 comment... add one now